Umno memang nak cetuskan 13 Mei
Ancaman yang dikeluarkan oleh ketua wanita Umno Sharizat Jalil di dalam perhimpunan agung parti itu pada minggu yang lalu jelas menjadi-jadi.
Di dalam satu siri ceramah Jelajah Merdeka Rakyat yang diadakan di Gombak baru-baru ini, para penyokong dan ekstremis telah menunjukkan belang 13 Mei mereka dengan bertindak menyerang dan mencederakan orang ramai yang hadir pada ceramah tersebut.
Itulah cubaan pertama Umno untuk mencetuskan keganasan kaum ala-Peristiwa 13 Mei. Ini jelas menunjukkan bahawa Umno kini sedang menghadapi keadaan yang tenat, telah hilang keyakinan terhadap amalan demokrasi dan pilihanraya umum.
Oleh itu, Umno mula bertindak secara ganas bertujuan untuk mengancam dan menakut-nakutkan rakyat jelata agar tidak keluar beramai-ramai untuk mengikuti ceramah dan aktiviti anjuran parti-parti pembangkang. Selepas itu, pada pilihanraya umum yang akan datang, Umno juga dijangka akan melancarkan usahanya untuk mengganggu proses pengundian dengan menghalang para pengundi daripada keluar membuang undi.
Itulah niat Umno sekarang, oleh kerana telah hilang keyakinan pada diri mereka, mereka mula bertindak ganas agar dapat menghalang proses demokrasi daripada berkembang.