Melayu yang akan rugi jika 13 Mei berulang
Kenapa Umno sangat memerlukan satu ulangan peristiwa 13 Mei untuk memenangi semula pilihanraya umum yang akan datang? Kenapa pula jika Umno kalah, peristiwa 13 Mei akan juga berulang? Dan kenapa perlunya kejadian peristiwa 13 Mei berulang, jika sekiranya Umno tidak mendapat majoriti dua pertiga di dalam parlimen pada pilihanraya umum yang akan datang?
Ini menunjukkan sememangnya Umno sedang mengancam bukan sahaja orang-orang Bukan Melayu mengenai kemungkinan berulangnya peristiwa 13 Mei ini jika parti tersebut kalah dan hilang kuasa, bahkan keseluruhan masyarakat Melayu dalam negara ini turut sedang diancam oleh Umno.
Jika di dalam pilihanraya umum yang akan datang, Umno kalah, dan selepas itu lantas mencetuskan peristiwa berdarah itu semula, siapakah sebenarnya akan rugi pada keseluruhannya? Orang-orang Melayu sendirilah yang akan rugi sebenarnya. Itulah hakikatnya.
Kenapa kita berkata demikian? Sebabnya adalah sangat jelas. Selama lebih 55 tahun Umno telah dan sedang memerintah, orang-orang Melayu pada majoritinya masih hidup di dalam kedaifan, miskin, tidak menerima pendidikan yang sempurna, kampung-kampung Melayu masih terpencil di dalam kawasan pendalaman tanpa kemudahan asas yang kukuh dan stabil, dan yang lebih memeritkan lagi adalah ekuiti orang-orang Melayu masih belum mencapai sasarannya setelah lebih 55 tahun serta kini timbulnya satu golongan Bangsawan Melayu yang dipelopori oleh Umno.
Ini bermakna, orang-orang Melayu pada majoritinya masih tidak dapat menikmati segala faedah daripada hasilan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selama ini, kerana lebih daripada separuh faedah DEB tersebut telahpun dibolot oleh golongan Bangsawan Melayu yang dibentuk Umno itu. Tak perlu bukti-bukti, kita tengoklah sendiri di luar sana, dan jangan pandang dari segi politik, ambil kira dari segi sosial dan ekonomi sahaja, kita boleh kira dengan mudah bagaimana pencapaian masyarakat Melayu masih tertinggal di belakang masyarakat Bukan Melayu yang lain.
Tetapi apabila kita cuba praktik kegagalan Umno untuk membangunkan masyarakat Melayu pada keseluruhannya, Umno akan sentiasa cuba bersembunyi di sebalik dengan menuduh kaum-kaum yang lain telah merampas dan membolot kesemua kekayaan dan sumber-sumber yang sepatutnya dinikmati orang-orang Melayu.
Beginilah cara-cara "Jaguh Melayu" (Umno) yang telah dan sedang memperdayakan orang-orang Melayu selama ini. Kalaulah Umno ini betul-betul "Jaguh Melayu" seperti yang didakwanya selama ini, kenapa pula ada orang-orang Melayu yang membentuk PAS? Kenapa pula ada orang-orang Melayu yang membentuk Parti Semangat 46, PKR, KITA, malah ada ramai juga orang-orang Melayu sekarang yang menjadi ahli dan pemimpin parti-parti seperti PSM, PRM dan DAP? Ini jelas menunjukkan bahawa Umno telah gagal!
Kalaulah Umno betul-betul telah berjaya, parti-parti tersebut tidak akan wujud, malah orang-orang Melayu tidak akan menjadi ahli-ahli PSM, DAP, PRM, PKR ataupun KITA.
Di dalam konteks ini, kita semua perlu berfikir secara praktikal dan rasional dan bukannya secara politik yang beremosi, kononnya jika tidak ada Umno, maka tidak ada orang Melayu di dalam negara ini lagi. Itu semua tidak betul, ianya cuma satu kata-kata mereka yang telah merasai diri mereka "terancam" dengan kekalahan oleh kerana kegagalan diri mereka.
Janganlah sekali-kali termasuk ke dalam jerangkap samar Umno.