Dapatkah Umno terima kekalahan dengan hati terbuka?
Semua orang telahpun tahu bahawa pilihanraya umum ke-13 kian dekat dan akan diadakan pada bila-bila masa. Kuasa pembubaran parlimen kini berada di tangan perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak. Namum, beliau masih ragu-ragu dan tidak berani untuk berbuat demikian dan sebaliknya memilih untuk menghabiskan tempoh penggal pemerintahannya pada bulan April 2013.
Persoalannya di sini yang ramai tertanya-tanya, dapatkah Umno menerima kekalahan dengan hati terbuka jika sekiranya BN dan Umno betul-betul kecundang selepas pilihanraya umum yang akan datang? Ramai yang tertanya-tanya akan akibatnya oleh kerana tindak tanduk Umno dan para pemimpinnya sendiri telah menunjukkan bahawa mereka tidak akan menerima kekalahan dengan begitu mudah.
Perkara yang pertama telahpun kita saksikan kerana ianya asyik berulang beberapa kali. Di dalam perhimpunan agung Umno tiga tahun berturut-turut, ramai pemimpin parti tersebut sewaktu perbahasan memberikan amaran demi amaran kepada umum bahawa keganasan Peristiwa 13 Mei akan berulang jika sekiranya Umno benar-benar kalah di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Selepas itu, diungkitkan dengan kemungkinan besar akan berlaku peristiwa berdarah di Kuala Lumpur serta orang-orang Melayu akan lesap daripada bumi ini jika sekiranya Umno tidak lagi berkuasa.
Selain daripada itu, ramai juga pemimpin Umno yang mengeluarkan amaran kepada masyarakat bukan Melayu agar tidak mencabar ketuanan mereka atau menyaksikan bandar-bandar di negara ini dijilat api. Apakah maksud semua bentuk ancaman ini? Adakah Umno tidak begitu yakin ataupun telah hilang keyakinan akan kekuatan diri mereka sehinggakan ancaman tersebut dikeluarkan bagi memberikan amaran kepada orang ramai?
Malah Najib sendiri selaku presiden Umno turut mengeluarkan amaran akan berlakunya keganasan dan mengingatkan ahli-ahli Umno agar mempertahankan Putrajaya sehinggalah ke titisan darah terakhir dan terus pertahankan pusat pentadbiran tersebut walaupun badan-badan hancur berkecai serta darah mengalir tanpa henti.
Ini politik dan pertandingan di dalam pilihanraya sahaja. Kenapa nak pula sampai pertumpahan darah dan badan hancur berkecai berlaku? Sekali lagi kita ingin bertanyakan kepada Umno, dapatkah mereka ini menerima kekalahan dengan hati terbuka dan mencubanya sekali lagi di dalam pilihanraya yang seterusnya?
Kita boleh tengok beberapa contoh yang ketara sewaktu selepas pilihanraya umum 2008 yang lalu apabila BN kalah di Selangor, Perak dan Kedah, pejabat-pejabat pentadbiran dan kerajaan negeri disekat oleh ahli-ahli Umno, dokumen-dokumen kerajaan negeri dikeluiarkan dari pejabat dan dibakar serta dimusnahkan agar bukti-bukti yang ada dapat dihapuskan. Kejadian tersebut tidak berlaku di Pulau Pinang, apabila ketua menteri pada masa itu Dr Koh Tsu Koon telah mengambil keputusan menerima kekalahannya mengikut semangat kesukanan dan menyerahkan kuasa kepada kerajaan baru secara professional.
Di dalam pilihanraya umum, Umno hendaklah menerima hakikat bahawa di dalam sebarang pertandingan, terdapat pihak yang menang dan pihak yang kalah, manakala pihak yang menang tidak akan menang selama-lamanya dan pihak yang kalah tidak akan kalah selama-lamanya. Umno hendaklah bersikap "Gentleman" dan bersedia menerima kekalahan sekiranya ia benar-benar berlaku dan mencubanya sekali lagi di dalam pilihanraya yang berikut.
Taktik Umno yang sangat kerap memberikan amaran kepada orang ramai, mengeluarkan ancaman dan cuba untuk mengulangi Peristiwa 13 Mei itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, menunjukkan bahawa mereka takut akan kekalahan dan kehilangan kuasa serta tidak yakin dengan kekuatan diri mereka.
Oleh itu, dapatkah para pemimpin Umno bersikap professional seperti Dr Koh Tsu Koon jika sekiranya rakyat mengambil keputusan untuk mengubah undian mereka dan memberikan mandat tersebut kepada pihak yang lain?