Skandal PKFZ, Semua Tidak Bersalah, Siapa Lagi?
Dalam perbicaraan kes Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang terbaru, seorang lagi orang kenamaan yang juga bekas menteri telah terlepas daripada hukuman setelah pihak pendakwaraya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan dakwaan mereka. Sebelum ini, seorang bekas menteri yang juga bekas pemimpin tertinggi MCA turut terlepas setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Apa sudah jadi? Pihak-pihak lain yang terlibat bagaimana? Difahamkan bahawa seorang lagi bekas kontraktor utama projek PKFZ telahpun dihantar keluar negara selepas beliau dilantik sebagai Duta Khas bagi menggalakkan pelaburan Asia ke Malaysia. Pelagai alasan yang diberikan oleh pejabat peguam negara, bukti-bukti yang tidak kukuh, tidak relevan, kurang keyakinan pihak pendakwa, kertas siasatan tidak lengkap dan sebagainya. Skandal PKFZ itu telah menyebab negara kerugian berbilion-bilion Ringgit. Adakah pejabat pendakwaraya dan peguam negara akan bertanggungjawab penuh terhadap segala kelesapan wang rakyat ...