Akibat hilang majoriti mudah, PN mula membeli belah, menawarkan harganya


Kerajaan pemberontak Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin telah kehilangan majoriti mudah di parlimen, sekaligus membuktikan bahawa kerajaan pemberontak pimpinan beliau itu telah tumbang walaupun sebelum parlimen dapat bersidang semula.

Namun demikian, presiden PPBM itu masih enggan berganjak, sebaliknya mendakwa masih mempnyai majoriti untuk terus memerintah sehingga tahun 2023 yang akan datang. Akan tetapi apabila, didesak agar PN menguji kekuatannya sekarang di parlimen, Muhyiddin enggan berbuat demikian dan menggunakan alasan penularan covid di parlimen untuk mengelak daripada berhadapan dengan satu lagi persidangan parlimen, sebaliknya menjadualkan persidangan parlimen seterusnya diadakan pada bulan September depan.

Apabila didesak agar persidangan parlimen diadakan secara talian (online) berikutan penularan covid, diberikan pula satu lagi alasan bahawa pengurusan parlimen kekurangan pakar dan belum lagi dapat bersedia untuk mengadakan persidangan parlimen secara talian kerana terdapat kekurangan yang menghalang langkah-langkah tersebut.

Alasan tersebut jelas menampakkan pembohongan, kerana kerajaan pemberontak PN pimpinan Muhyiddin dan para menteri serta pegawai kanan kerajaan telahpun mengadakan ratusan sidang atau mesyuarat secara talian di kalangan mereka sejak mengambil-alih kuasa. Ini menunjukkan jentera kerajaan yang ada sekarang ada segala kemudahan yang diperlukan bagi menjayakan sesuatu mesyuarat atau sidang scara talian.

Jadi, kenapa Muhyiddin dan para pendukungnya masih berdolak-dalih mengenai langkah tersebut sedangkan mereka mempunyai tenaga pakar dan sumber yang mencukupi bagi menjayakan sesuatu sidang atau mesyuarat secara talian, apatah lagi persidangan parlimen, sebaliknya mengatakan bahawa parlimen masih belum bersedia untuk berbuat demikian.

Sebenarnyanya, Muhyiddin takut untuk menghadapi ahli-ahli parlimen bagi membuktikan kesahihan majoriti seperti yang didakwanya itu, kerana beliau telahpun hilang sama sekali sokongan majoriti di dalam parlimen dan hanya menetapkan tarikh persidangan yang akan datang pada awal bulan September depan.

Dengan penjadualan persidangan tersebut pada bulan September ini, ia dapat memberikan lebih masa dan ruang untuk Muhyiddin untuk menghantar ejen-ejennya untuk menawarkan harga bagi mendapatkan sokongan menjelang sidang parlimen yang akan datang.

Beberapa orang ahli parlimen telahpun didekati dan dihubungi melalui talian bagi menawarkan "harga" dan jawatan. Namun, sehingga kini masih belum mendapat sebarang kenyataan rasmi mengenai perbuatan tersebut. Perbuatan tersebut jelas dilihat sangat tidak bermoral dan langsung tidak ada sebarang etika buat Muhyiddin, sanggup membelakangkan demokrasi, institusi parlimen dan memansuhan amalan demokrasi semata-mata untuk terus berkuasa.

Bukan sahaja ianya tidak bermoral dan beretika, malah ianya juga dilihat bertentangan dengan prinsip keagamaan. Namun demikian, mereka dalam PN akan tetap menafikannya biarpun sudah mendapatkan bukti.

PN telah mula membeli-belah, menawarkan harga yang begitu lumayan kepada para ahli parlimen yang didekatinya biarpun memang telah mengetahui bahawa perbuatan hina tersebut juga bertentangan dengan aqidah dan agama. Malah jawatan menteri turut ditawarkan kepada beberapa ahli-ahli parlimen baru-baru ini bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan menteri, ekoran perletakan jawatan beberapa menteri dan timbalan menteri Umno beberapa hari yang lalu.

Kata mereka punyai agama dan keimanan yang utuh, memperjuang dan mempertahankan agama dan bangsa mereka kononnya. Tetapi melakukan perkara yang dikutuk agama dan bangsa. Dan sudah pasti Muhyiddin dan konco-konconya akan menafikan perbuatan tersebut kerana perkara keji tersebut dilakukan oleh ejen-ejen mereka.

Sesiapa yang melakukan kejahatan atau dosa sedemikian, Tuhan atau Allah s.w.t. akan memerhatinya sehinggalah ke akhir hayat si pembuat itu untuk dituntut dan dihukum nanti apabila tibanya masa kelak. Jadi sorok menyorok itu tidak guna kerana yang di atas itu sedang memerhati walaupun manusia tidak dapat melihatnya.

PAS bagaimana? Terima sahaja perbuatan keji yang dipelopori oleh PPBM, kerana sama-sama rakan komponen di dalam gabungan PN? Mungkin juga PAS rakan rapat di dalam perbuatan keji tersebut dan apabila disoal nanti, akan mendakwa pula bahawa Tuhan atau Allah s.w.t. kadang-kala mengizinkan perbuatan keji tersebut semata-mata untuk "membuahkan hasil yang baik", sama seperti dakwaan PAS yang terdahulu yang mengatakan Allah s.w.t. membenarkan pembohongan dalam "keadaan tertentu".

Perbuatan dan tingkahlaku PPBM dan PAS ini jelas menghina agama dan melanggari peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Mereka berselindung di sebalik kuasa, agama dan bangsa bagi menghalalkan perbuatan keji ini.

Berjaga-jagalah dengan para pemimpin yang bersalut lengkap seperti manusia dan beragama kononnya ini, yang sebenarnya adalah iblis yang menjelma seperti orang-orang alim tetapi bertujuan untuk memusnahkan aqidah umat yang lemah dan menjerumus mereka ke alam yang hitam.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork