Adakah PM dan kerajaan ini ikhlas dalam pemberian BPN?
Baru-baru ini perdana menteri kerajaan pemberontak telah mengumumkan beberapa pakej bantuan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk rakyat jelata bagi menangani masalah kehilangan dan kekurangan punca pendapatan berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan oleh kerana penyakit coronavirus yang tidak dapat dikawal di beberapa kawasan. Sehingga yang telah dilaporkan sehingga pada hari ini, ramai di kalangan rakyat yang layak menerima bantuan BPN telah ditolak bulat-bulat sementara mereka yang memperoleh pendapatan yang lumayan pula telah dilayakkan untuk menerima bantuan BPN seperti yang diumumkan oleh perdana menteri itu. Malah, ada juga di kalangan wakil-wakil rakyat serta isteri seorang bekas perdana menteri yang sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah turut disahkan layak menerima BPN. Yang lebih memburukkan lagi keadaan sekarang adalah penerima BPN yang layak tetapi telah ditolak, terpaksa mengemukakan rayuan mereka melalui talian kepada Lembaga Ha...