Posts

Showing posts with the label SPRM

Banteras Rasuah dengan Segera

Image
Pakatan Harapan (PH) telahpun mengambil-alih tampuk pemerintahan kerajaan pusat dan beberapa buah kerajaan negeri sejak 9 Mei 2018 yang lalu. Agenda utama kerajaan-kerajaan PH sekarang adalah untuk membanteras gejala rasuah dengan segera sebelum gejala ini menumbangkan ekonomi dan seterusnya negara kita di suatu hari nanti. Kami sebagai rakyat tidak mengundi PH untuk menduduki tampuk pemerintahan semata-mata hanya untuk memenuhi janji-janji manifesto pilihanraya dalam tempoh 100 hari, dan jika ada di kalangan yg asyik menegaskan bahawa janji 100 hari itu perlu dikotai dengan segera, maka mereka inilah yang tidak memahami keadaan yang sebenarnya serta berfikiran cetek. Sudah beberapa dekad negara kita diperintah Barisan Nasional (BN) dan kuasa memerintah dimonopoli oleh parti komponen utama BN, yakni Umno. Monopoli politik oleh Umno inilah yang menyebabkan parti itu menjadi terlalu berkuasa sehinggakan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaan menjadi serius dan ...

Kenapa SPRM begitu mendendami pengkritik?

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketua persuruhjayanya baru-baru ini telah mengeluarkan amaran terhadap ketua menteri Pulau Pinang menuntut agar beliau memohon maaf di atas dakwaannya bahawa SPRM telah melalukan tangkapan yang tidak sah terhadap seorang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Setelah itu, ketua persuruhjaya SPRM turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengkritik ataupun mengecam agensi tersebut lagi atau berhadapan dengan tindakan dan tangkapan serta pendakwaan. Peruntukan manakah di bawah Akta SPRM 2009 yang membolehkan SPRM menangkap dan mendakwa orang yang mengkritik agensi tersebut? Persoalannya adalah, kenapa perlu ketua persuruhjaya SPRM itu mengeluarkan kenyataan demi kenyataan seakan-akan mendendami para pengkritik agensi tersebut? Kami bukannya penyokong tegar ketua menteri Pulau Pinang itu, tetapi kami hairan kenapa SPRM perlu menghabiskan begitu banyak masa, tenaga dan sumber-sumber yang ada untuk ...