Parti MUDA harus diberikan ruang untuk membuktikan diri
Setelah seminggu bekas menteri belia dan sukan yang juga bekas ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman mengumumkan pembentukan parti Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA), penubuhan parti tersebut mendapat pelbagai reaksi spontan daripada pelbagai pihak. Ada yang mengalu-alukan pembentukan Parti MUDA manakala ada yang memandang serong terhadap rancangan Syed Saddiq berbuat demikian, manakala daripada kalangan ahli-ahli politik kanan masa kini, ramai yang mengejek, memberikan gambaran negatif dan yang lebih teruk lagi memanggil beliau dengan pelbagai nama seperti "cucu", "budak mentah", "kecik" dan berbagai-bagai panggilan yang tidak masuk akal. Ya, Syed Saddiq dan kumpulan ahli-ahli jawatankuasa penaja Parti MUDA itu semuanya muda-muda belaka, daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang masyarakat yang pelbagai. Selain daripada itu, barisan kepimpinan Parti MUDA yang diketeng...