Setiap agama punyai sifat kedamaian yang tersendiri
Sewaktu bulan Ramadhan yang lalu, kita telah melihat beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan khusus bagi membuktikan kepada dunia yang asyik bergelora dan berlumba atas nama agama bahawa agama itu punyai sifat kedamaian yang menyeluruh jika kita menghayati sepenuhnya ajaran yang diperturunkan.
Datuk Bandar Kotaraya London yang baru sahaja dipilih dalam pilihanraya kerajaan tempatan, Sadiq Khan dari Parti Buruh Britain, telah berbuka puasa bersama Ketua Rabbi Ephraim Mirvis yang turut dihadiri oleh ratusan pengunjung yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Waktu berbuka puasa tersebut telah diadakan di Lambeth Palace, dianjurkan oleh Ketua Biskop Canterbury Justin Welby yang sebelum ini juga pernah menganjurkan acara silaturahim yang sama di gereja Finchley Reform Synagogue.
Di Ottawa, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dari Parti Liberal juga telah menghadiri jamuan berbuka puasa bersama dengan ahli-ahli parlimen yang beragama Islam sambil dihadiri oleh ramai jemputan umat Islam di negara itu.
Di Dubai pula, sekumpulan pemikir Islam daripada Pusat Islam Al-Manar telah berbuka puasa di dalam sebuah kuil Sikh. Delegasi daripada pusat Islam tersebut kemudiannya melawat beberapa kuil dan kegiatan keagamaan Sikh bagi mengeratkan lagi persefahaman di antara agama agar hubungan di antara mereka dapat dipereratkan lagi.
Selain daripada apa yang telah kita saksikan di London, Ottawa dan Dubai, majlis berbuka puasa secara beramai-ramai bersama dengan masyarakat berbilang kamum dan agama turut diadakan di beberapa buah negara seperti Indonesia, Australia, Perancis dan India bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara mereka.
Apa yang telah kita lihat di sini jelas menunjukkan bertapa eratnya hubungan kemanusiaan, persahabatan, kasih sayang, penerimaan dan kesamarataan yang tidak mengenal agama, bangsa ataupun warna kulit.
Jadi adakah amalan tersebut dikatakan “liberal”, mengelirukan umat, melemahkan keimanan ataupun suatu cubaan untuk mengajak penganut untuk bertukar agama?
Sebenarnya, di dalam setiap agama yang kita perhatikan tidak mengenakan sebarang halangan mahupun sekatan ke atas para umatnya untuk berhubung di antara satu sama lain, dengan mereka yang berlainan agama ataupun menghadiri acara keramaian agama lain serta tidak ada diskriminasi dan sebarang undang-undang bagi mengawasi para umatnya.
Jika kita meneliti dengan lebih jelas, segala sekatan, undang-undang dan pelbagai diskriminasi yang dilakukan atas nama agama pada hari ini dipelopori oleh golongan “cendikiawan ataupun pemimpin agama” kononnya, bagi mengekalkan kuasa politik mereka sendiri dengan memastikan agar rakyat jelata akur kepada kepimpinan dan perintah mereka.
Ini bukannya kehendak sesuatu agama, tetapi lebih kepada nafsu seseorang pemimpin untuk menjadi lebih berkuasa ataupun menunjukkan kekuasaannya agar orang ramai akur kepada pemerintahannya. Ianya jelas sesat dan terpesong daripada aliran dan ajaran asal agama tersebut.
Kami pasti yang ramai di antara kita sudahpun mengetahui berita mengenai hasrat sebuah gereja di Petaling Jaya, Selangor untuk menganjur suatu majlis berbuka puasa dengan umat Islam di kawasan tersebut bagi mengeratkan lagi hubungan di antara masyarakat berbilang agama.
Hasrat gereja tersebut turut disokong oleh seorang aktivis masyarakat, Syed Azmi Alhabashi yang sebelum ini bergiat di dalam kempennya untuk menyemaikan kefahaman di antara agama.
Akan tetapi, majlis berbuka puasa tersebut terpaksa dibatalkan setelah beberapa pertubuhan ekstremis agama yang membuat laporan polis telah mengancam untuk menghalang majlis silaturahim tersebut walau dengan apajua cara.
Persoalannya adalah, kenapa pihak berkuasa tunduk kepada ancaman golongan ekstremis agama tersebut dan enggan bertindak terhadap mereka yang telah melakukan ancaman tersebut, sebaliknya mengarahkan penganjur agar membatalkan hasrat murni mereka?
Kenapa pula pihak berkuasa yang perlu tunduk dan menerima arahan daripada golongan ekstremis agama tersebut dan bukannya mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba melakukan suatu jenayah yang mengancam keselamatan pihak lain?
Nampaknya, adalah menjadi suatu kesalahan di negara ini jika seseorang mengambil langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan di antara agama dan kaum.
Apakah yang sebenarnya sedang berlaku di negara kita ini? Kenapa dasar-dasar yang dipelopori oleh Barisan Nasional (BN), khususnya Umno ini bagaikan ingin memastikan agar rakyat jelata hidup terpisah antara satu sama lain dan tidak ada kesefahaman di antara masyarakat yang menganuti berbilang agama?
Dasar-dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh BN dan Umno tersebut jelas memperlihatkan nafsu mereka untuk terus berkuasa di negara ini.
Ingat! Kebencian, keganasan, diskriminasi, kekejaman dan perluasan kuasa bukannya kehendak agama tetapi lebih kepada kehendak dan nafsu seseorang atau segolongan manusia yang ingin menguasai golongan yang lemah, yang kini asyik mempergunakan nama agama bagi mencapai tujuan politik mereka.