Apakah niat sebenar mengkafir harbikan suatu parti politik?

Baru-baru ini tukang kafir negeri Pahang Abdul Rahman Osman telah mengeluarkan fatwa beliau untuk mengkafir harbikan DAP kerana parti politik tersebut telah mentah-mentah menolak dan menentang dasar keagamaan berpolitik yang diketengahkan oleh seterunya PAS.

Setahu kami, tugas dan tanggungjawab utama Abdul Rahman selaku mufti adalah untuk menjaga kepentingan agama dan kebajikan para umatnya di negeri Pahang. Kenapa pula beliau kini memilih untuk menjadi seorang tukang kafir di dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik dan politik kepartian?

Apakah niat dan agenda yang tersembunyi di sebalik Abdul Rahman di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini? Kenapa pula beliau memilih untuk merosakkan akidah dirinya di dalam saat-saat yang mulia ini?

Tidak sedarkah beliau bahawa PAS hanya sebuah parti politik biasa yang senantiasa memperalatkan agama demi memperkasakan kuasa dan pengaruh politiknya di negara ini.

Apakah tindakan selanjutnya selepas fatwa kafir harbi beliau terhadap parti politik tersebut? Adakah beliau menggalakkan para pengikut dan penyokongnya untuk melakukan keganasan, pembunuhan ataupun penyulaan terhadap mana-mana penyokong, ahli-ahli dan para pemimpin parti tersebut?

Tindakan Abdul Rahman ini jelas membuktikan bahawa beliau mempunyai kepentingan politik tertentu di dalam pengeluaran fatwa tersebut. Fatwa tersebut tidak menampakkan sebarang ajaran yang tertera di mana-mana surah dalam Al-Quran dan Hadis.

Sebaliknya, ianya lebih berkisar kepada sesuatu seruan ataupun hasutan agar sesuatu tindakan ganas dilaksanakan terhadap pihak-pihak yang tertentu. Dan jika beliau menafikan sebarang cubaan beliau untuk menyeru kepada keganasan, pembunuhan ataupun penyulaan, adakah ianya menyeru kepada kebencian, pengasingan, pergolakkan ataupun perpecahan?

Ianya bergantung kepada tindakan mana-mana pihak yang menyahut fatwa itu sama ada ianya dalam bentuk pasif ataupun agresif. Tetapi jika sekiranya ada pihak yang menyahutnya secara membabi buta tanpa usul periksa, pertumpahan darah mungkin akan berlaku.

Jadi adakah Abdul Rahman akan bertanggungjawab sepenuhnya jika pertumpahan darah benar-benar berlaku ataupun beliau akan hanya "cuci tangan" dengan alasan tindakan sedemikian adalah di luar kawalan beliau?

Di harap beliau segera menginsafi segala perbuatan beliau yang melanggari akidah dan keluar daripada jalan yang sesat.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork