Gabungan MCA, Gerakan dan SUPP. Kesudahan Tetap Sama
Baru-baru ini, terdapat banyak perbincangan di kalangan pemimpin dan ahli-ahli politik daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang didominasi oleh kaum Cina, khususnya MCA, Gerakan dan SUPP mengenai keperluan untuk bergabung bagi menjadi satu parti kaum Cina yang terbesar di negara ini. Namun demikian, presiden SUPP sudahpun menolak cadangan tersebut dengan mendakwa bahawa parti pimpinan beliau bukannya sebuah parti yang mewakili kaum Cina sahaja. Sementara di pihak MCA dan Gerakan pula, para pemimpin kedua-dua parti tersebut kini cuba menolak persoalan tersebut dengan menggesa agar menunggu sehingga persidangan agung tahunan dan pemilihan kedua-dua parti itu selesai. Walaubagaimanapun, bergabung ataupun tidak bergabung, kesudahan ketiga-tiga parti komponen BN ini adalah tetap sama. Mereka telah kehilangan sokongan bukan sahaja daripada masyarakat Cina tetapi kesemua rakyat Malaysia pada keseluruhannya. Macam manapun MCA, Gerakan dan SUPP bergabung, rakyat masih...