Dataran Merdeka - Siapa yang memilikinya?
(Rencana ini telah disiarkan di kolum saya dalam portal berita Malaysia-Chronicle) Sejak bertahun-tahun lamanya, Barisan Nasional (BN) yang didominasi oleh Umno telah mempermain dan mempersendakan parti-parti pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di dalam isu penggunaan tempat-tempat awam bagi menjalankan kegiatan mereka. Beberapa tahun sebelum unu, presiden Gerakan dan ketua menteri Pulau Pinang pada masa itu, Dr Koh Tsu Koon telah menafikan hak DAP sebagai parti politik untuk menggunakan Padang Kota untuk mengadakan perhimpunannya dengan mengarahkan agar padang tersebut ditembus dengan tanah merah dengan alasan padang tersebut sedang menjalani kerja-kerja menaiktaraf. Pada beberapa bulan yang lalu, pelbagai bentuk penghalang diletak dan dipasang di sebuah padang perbandaran di Kuantan, Pahang oleh kerajaan negeri tersebut sebagai usaha untuk menghalang para peserta Himpunan Hijau daripada berkumpul di sana secara aman bagi menyatakan bantahan mereka terh...