Pemimpin BN Tidak Sekata Dalam Isu Allah, Hakim Buat Keliru
Mahkamah Rayuan baru-baru ini telah mengumumkan keputusan penghakiman dengan menjelaskan bahawa ahkbar terbitan kumpulan gereja Kristian Katolik, The Herald tidak boleh menggunakan istilah Allah di dalam terbitan mereka. Ya, jika dipandang dari sudut penghakiman itu sendiri, ia sememangnya hanya merujuk kepada akhbar The Herald dan tidak meliputi mana-mana terbitan yang lain seperti Al-Kitab agama Kristian yang digunakan oleh kebanyakan penduduk pribumi (orang-orang Asli di Semenanjung, bumiputra Kristian di Sabah dan Sarawak). Selain daripada itu, penghakiman tersebut juga tidak meliputi upacara sembayang yang dijalankan oleh para penganut Krisitian di dalam Bahasa Malaysia yang turut menggunakan istilah Allah untuk merujuk kepada Tuhan. Begitu juga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh perdana menteri Najib Razak, yang juga presiden Umno, menteri di jabatan perdana menteri yang juga presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Joseph Kurup dan ketua menteri Sarawak Taib Mahmm...