Pemimpin BN Tidak Sekata Dalam Isu Allah, Hakim Buat Keliru

Mahkamah Rayuan baru-baru ini telah mengumumkan keputusan penghakiman dengan menjelaskan bahawa ahkbar terbitan kumpulan gereja Kristian Katolik, The Herald tidak boleh menggunakan istilah Allah di dalam terbitan mereka.

Ya, jika dipandang dari sudut penghakiman itu sendiri, ia sememangnya hanya merujuk kepada akhbar The Herald dan tidak meliputi mana-mana terbitan yang lain seperti Al-Kitab agama Kristian yang digunakan oleh kebanyakan penduduk pribumi (orang-orang Asli di Semenanjung, bumiputra Kristian di Sabah dan Sarawak).

Selain daripada itu, penghakiman tersebut juga tidak meliputi upacara sembayang yang dijalankan oleh para penganut Krisitian di dalam Bahasa Malaysia yang turut menggunakan istilah Allah untuk merujuk kepada Tuhan.

Begitu juga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh perdana menteri Najib Razak, yang juga presiden Umno, menteri di jabatan perdana menteri yang juga presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Joseph Kurup dan ketua menteri Sarawak Taib Mahmmud (presiden PBB) turut menjelaskan bahawa rakyat pribumi di negeri-negeri tersebut serta orang-orang Asli di Semenanjung boleh terus menggunakan istilah Allah di dalam upacara keagamaan mereka.

Akan tetapi, menteri pelancongan dan ahli majlis tertinggi Umno Nazri Aziz, lain pula pendapat beliau. Menurut Nazri, perkataan Allah itu tidak boleh digunakan sekaligus di seluruh negara. Dan seminit kemudian beliau sekali lagi memutarbelit kenyataan awalnya dengan mengatakan rujukan beliau itu hanya terhadap orang-orang Kristian Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Semenanjung Malaysia.

Jadi, berdasarkan "arahan" yang dikeluarkan oleh Nazri itu, apakah yang akan terjadi kepada masyarakat orang-orang Asli Semenanjung yang beragama Kristian yang turut menjalankan upacara keagamaan mereka di dalam Bahasa Malaysia dan istilah Allah turut digunakan? Adakah masyarakat tersebut akan dicapkan sebagai "penjenayah" sekaligus, ditangkap dan dihumban ke dalam penjara?

Ini jelas menunjukkan bahawa penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu telah memburukkan lagi keadaan dengan kenyataan dan penulisan yang menghakimkan keputusan tersebut yang tidak jelas dan kurang tepat sehinggakan ramai pihak menggunakan kesempatan tersebut untuk menyalahgunakan perkara tersebut untuk kepentingan pihak-pihak dan para pemimpin yang tertentu.

Jelas, beberapa kumpulan ekstremis dan pelampau perkauman seperti Perkasa, Isma, Pekida, Jati, Pembela, segelintir pemimpin Umno dan PAS dan sebagainya sedang mengambil kesempatan terhadap keadaan tersebut untuk terus menimbulkan keadaan yang tidak stabil, dengan mengeluarkan amaran demi amaran, ancaman, gertakan dan kenyataan-kenyataan yang berbaur kebencian dan perkauman.

Kesemua tindakan ini bakal memecahbelahkan masyarakat Malaysia yang merangkumi berbilang kaum, bangsa dan agama. Kenapa perlu perkara tersebut dipolitikkan atau diperlampaui batas? Kenapa perlu memberi amaran dan mengeluarkan ancaman terhadap kaum dan agama yang lain?

Di pihak mahkamah pula, kenapa perlu mengeluarkan penghakiman tanpa terlebih dahulu merujuk kepada penggunaan istilah Allah secara lebih universal? Perkataan Allah itu bukannya bahasa Melayu seperti yang didakwa oleh seorang hakim Mahkamah Rayuan, sebaliknya ia adalah perkataan Arab yang tulen. Jikalau dipandang dari konteks sebagai bahasa Melayu, istilah Allah itu sepatutnya diperjelaskan sebagai Tuhan bukan Allah, kerana Allah itu bahasa Arab dan penggunaan bahasa Arab itu tidak terhad kepada masyarakat yang beragama Islam sahaja.

Sudahlah itu! Dahlah agama sudah dicampur-adukkan dengan politik kini diperojakkan dengan penghakiman yang tidak seimbangkata, justeru daripada itu, memburukkan lagi keadaan.

Persoalan ini perlu dijawab: Jika seseorang bukan Islam itu fasih berbahasa Arab, adakah beliau akan ditangkap dan dihumban ke dalam penjara serta merta tanpa bicara atau dibicara atas tuduhan "menghina agama Islam"? Dengan adanya persoalan ini dijawab oleh pihak-pihak yang sepatutnya, maka akan selesailah kesemua bentuk permasalahan mengenai penggunaan istilah Allah di atas.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork