KDN Ancam Tutup Akhbar Siar Kes Senjata Api Hilang
Apabila berita mengenai kehilangan sejumlah besar senjata api polis tersiar di dalam laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, rakyat jelata amat terkejut dengan kejadian tersebut dan tertanya-tanya bagaimana pihak polis boleh kehilangan senjata api tersebut.
Dan apabila berita polis kehilangan senjata api tersebut mula menjadi hangat, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula mengumumkan bahawa sejumlah besar senjata api polis yang hilang itu telah "jatuh ke dalam laut" tanpa memberikan sebarang penjelasan yang lebih lanjut mengapa ianya semua boleh "jatuh ke dalam laut".
Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang menyokong penuh alasan yang diberikan oleh Tan Sri Khalid mengenai berita kehilangan senjata api tersebut.
Dan apabila menteri tersebut berasa semakin tertekan akibat daripada persoalan terhadap alasan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal itu, Zahid dengan nada yang keras memberikan amaran bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dan menutup mana-mana akhbar yang terus menyiarkan berita tersebut.
Apabila sudah tidak dapat memberikan penjelasan yang munasabah, dan kredibilitinya semakin dipersoal, menteri tersebut mengelak persoalan tersebut dengan mengeluarkan ancaman terhadap pihak-pihak yang mempersoalkan kes tersebut.
Nampaknya, KDN dan pihak polis sedang menyembunyikan sesuatu di sebalik kehilangan senjata-senjata api tersebut. Dan baru-baru ini salah seorang pegawai kanan polis pula memberikan penjelasan beliau kepada media bahawa salah satu senjata api yang dilaporkan "jatuh ke dalam laut" itu sebenarnya hilang akibat seorang anggota polis dirompak di dalam satu kejadian.
Penjelasan pegawai kanan polis tersebut jelas memberikan suatu tamparan buat Tan Sri Khalid yang pada mulanya mengatakan kesemua senjata api yang hilang itu telah "jatuh ke dalam laut". Adakah ianya benar sama sekali? Kenapa menyembunyikan fakta-fakta yang sebenar dengan berbohong?
Rakyat jelata perlu mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku kerana ianya melibatkan keselamatan negara dan ancaman terhadap rakyat pada keseluruhannya. Tambah lagi, kadar jenayah di dalam negara kita ini telahpun menjadi semakin serius dan jika sekiranya senjata-senjata api yang hilang ini jatuh ke tangan penjenayah, kumpulan penjenayah ataupun pengganas, adalah dibimbangi ianya akan memudaratkan keselamatan rakyat dan negara.
Persoalannya adalah, kenapa KDN dan menterinya tidak mengambil serius mengenai perkara tersebut, tetapi sebaliknya menyalahkan pihak media kerana telah "memperbesar-besarkan" isu tersebut di mata umum? Ini adalah tugas media untuk menyiarkan isu-isu yang mempunyai kepentingan umum dan pihak KDN tidak sepatutnya menyalahkan pihak tersebut kerana melaporkan kes tersebut.
Pada masa yang sama, KDN juga perlu bertanggungjawab penuh ke atas kejadian tersebut dan bukannya cuba menyembunyi dan melupakan masalah tersebut apabila ianya telah dilaporkan kepada umum.
Jika sekiranya menteri tersebut ingin mengeluarkan amaran agar berita kehilangan senjata api polis itu tidak lagi disiarkan, beliau sepatutnya mengajukan amaran tersebut kepada Ketua Audit Negara yang telah menerbitkan laporan tersebut pada mulanya, pada masa yang sama mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua Audit Negara bagi mengelakkan laporan audit itu daripada terus diedarkan kepada umum.
Beranikah si Zahid itu berbuat demikian?