Ramainya Si Bodoh Dalam Kerajaan BN?

Apabila laporan ketua audit negara di keluarkan, adalah amat dikesali bahawa gejala penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan masih berlaku di dalam kerajaan yang diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun gejala negatif tersebut telahpun dilaporkan sebelum ini.

Yang anehnya, kenapa gejala tersebut masih berulang walaupun ketua audit negara telahpun membentangkan laporan yang kurang memuaskan hampir pada setiap tahun sebelum ini? Kenapa pula kerajaan masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap para pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini? Kenapa gejala tersebut masih belum dibenteras walaupun ianya telahpun dilaporkan pada tahun-tahun sebelum ini?

Apa yang lebih mengejutkan baru-baru ini adalah, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan bahawa pihaknya tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap gejala penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan yang kian buruk di dalam kerajaan BN oleh kerana tidak ada sebarang peruntukan undang-undang yang membolehkan SPRM menyiasat dan mendakwa para pegawai kerajaan yang bodoh dan lalai di dalam tugas dan tanggungjawab mereka.

Apakah yang sebenarnya sedang berlaku di dalam kerajaan BN ini? Adakah maksud SPRM itu bermakna kesemua bentuk penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan yang dilakukan oleh para pegawai kerajaan adalah disebabkan oleh kebodohan dan kelalaian mereka dan bukannya perbuatan yang disengajakan semata-mata.

Adakah ini bermakna kerajaan BN kini dipenuhi oleh ramai pegawai-pegawai yang begitu bodoh dan lalai sekali di dalam tugas dan tanggungjawab mereka? Agaknya ramai ketua-ketua pengarah, ketua-ketua setiausaha kementerian, setiausaha-setiausaha bahagian, ketua-ketua jabatan yang begitu bodoh sedang menerajui jabatan dan agensi masing-masing.

Sejurus daripada itu, apakah tindakan susulan kepimpinan kerajaan BN yang seterusnya di dalam menguruskan para pegawai-pegawai kerajaan yang bodoh dan lalai ini? Adakah kerajaan akan terus membenarkan para pegawai ini menerajui jabatan-jabatan dan agensi-agensi mereka walaupun terbukti bahawa para pegawai ini sememangnya tidak cekap?

Adakah tindakan tidak akan diambil terhadap mereka-mereka yang terlibat di dalam penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan ini jika sekiranya mereka semua ini mengakui diri mereka bodoh dan lalai? Jikalau betul bodoh dan lalai itu boleh dijadikan alasan untuk melepasi sebarang tindakan tatatertib, ini bermakna kerajaan BN sememangnya kini berada di ambang kebankrapan.

Yang kita fahami adalah gejala penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan adalah perbuatan yang disengajakan bagi tujuan untuk mengaut keuntungan diri seseorang pegawai dan bukannya kerana seseorang pegawai tersebut tidak mengetahui yang perbuatannya itu salah sebab kebodohan dan kelalaian.

Hakikatnya adalah, jika sekiranya terdapat ramai pegawai-pegawai bodoh di dalam jentera pentadbiran, sudah lama kerajaan tersebut tumbang akibat kebankrapan. Bahkan, berkemungkinan juga negara kita akan ditakluki semula oleh kuasa-kuasa asing. Tetapi kesemua perkara tersebut tidak pun berlaku.

Ini bermakna, terbukti gejala penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan yang berlaku di dalam kerajaan BN bukannya disebabkan oleh kebodohoan dan kelalaian para pegawai-pegawai kerajaan tetapi ianya lebih merupakan perbuatan yang telah disengajakan demi untuk memperoleh keuntungan melalui saluran-saluran yang menyalahi undang-undang serta batas-batas kesusilaan.

Oleh yang demikian, adakah kerajaan BN benar-benar serius di dalam menangani masalah dan gejala penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan ini yang telah menyebabkan kerajaan rugi berbilion-bilion Ringgit pada setiap tahun? Adakah SPRM itu benar-benar berkesan di dalam tugas dan tanggungjawabnya ataupun setakat menjadi alat BN untuk menyasarkan seteru politiknya? Pada masa yang sama, adakah ketua SPRM dan para pegawai penyiasatnya yang terlalu bodoh kerana tidak dapat menentukan sebarang tindakan terhadap gejala-gejala tersebut.

Ataupun kerajaan BN akan terus membenarkan gejala tersebut menular dengan lebih mendalam di dalam jentera pentadbirannya semata-mata untuk terus membenarkan pihak-pihak tertentu untuk terus "cari makan" dengan cara menyalahi menyalahi undang-undang.

Jikalau begitu, adakah kita semua perlu terus membayar cukai pendapatan pada setiap tahun?

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork