Posts

Showing posts with the label Debat

Debat Guan Eng-Soi Lek, MCA hanya bertumpu pada Hudud

Image
(Rencana ini telah disiarkan dalam kolum saya di Malaysia-Chronicle baru-baru ini) Perdebatan di antara Setiausaha-Agung DAP Lim Guan Eng dan presiden MCA Chua Soi Lek semalam telah menyaksikan pemimpin MCA itu membuka tirai dengan hentaman terhadap PAS dan undang-undang Hududnya dengan menggunakan DAP sebagai bantal untuk tumbukan tersebut. Hentaman demi hentaman daripada bermulanya siri perdebatan itu sehinggalah berakhirnya forum tersebut hanya bertumpu kepada ketakutan dan kebimbangan MCA dan Chua yang PAS akan memonopoli kuasa sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa dan undang-undang Hudud akan dikuatkuasakan terhadap semua kaum termasuk mereka yang bukan Islam. Hudud, Hudud dan Hudud! Malah, menurut pengarang akhbar The Star Wong Chun Wai turut menyokong Chua dengan mengatakan bahawa Lim telah gagal menjawab persoalan mengenai kedudukan DAP di dalam isu Hudud yang sering diketengahkan oleh PAS. Ya, sekitar forum tersebut MCA dan Chua hanya menumpukan serangan mereka dengan menggunakan ...