Posts

Showing posts with the label Kebebasan

Makna kebebasan bersuara

Image
Artikel saya telah diterbitkan dalam Aliran.com pada 24/2/2015 Apakah yang dikatakan kebebasan bersuara? Ramai yang tertanya-tanya, di manakah hadnya, adakah ianya tidak ada had dan adakah kebebasan bersuara ini hanya hak eksklusif golongan-golongan yang tertentu sahaja? Ya, ramai di antara kita memahami apa yang tersirat, tetapi pada hari ini, kita semua semakin dihantui dengan ketidakadilan di dalam keadaan yang tidak menentu sekarang. Di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, ianya menyebut kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan adalah hak setiap rakyat di negara ini. Ianya juga memperuntukan sekatan, kawalan dan undang-undang tertentu bagi menghadkan kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan – tetapi apakah itu hadnya ataupun senarai-senarai yang terlarang langsung tidak termaktub di dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada. Persoalannya, adakah kandungan-kandungan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan itu bertentangan di antara satu sama lain? At...

Sistem Dua Parti Tidak Sesuai

Sejak dari tahun 2008 lagi, iaitu selepas parti-parti pembangkang yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat mencapai kemenangan besar di dalam pilihanraya pada tahun tersebut, ramai pihak yang sering mengemukakan cadangan demi cadangan agar sistem dua parti dilaksanakan di dalam negara ini bagi mempermudahkan proses pemilihan dan pilihan untuk rakyat. Apa maksud sistem dua parti itu? Semua orang pun jawab, antara BN dan Pakatan. Kalau bukan BN yang berkerajaan maka Pakatan yang menjadi kerajaan. Sekali-sekala BN dan Pakatan akan bertukar tempat di antara menjadi kerajaan dan pembangkang. Dan apabila ditanya dari manakah perlaksanaan itu dirujuk, maka dijawablah sama seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Persoalannya di sini adalah, kenapa pula kita perlu mengikut sistem dua parti ala-Barat? Adakah sistem dua parti itu akan menyuburkan amalan demokrasi di dalam negara kita ini? Adakah dengan adanya sistem dua parti ini di negara kita, parti-parti lain masih mempunyai peluang unt...