Sistem Dua Parti Tidak Sesuai
Sejak dari tahun 2008 lagi, iaitu selepas parti-parti pembangkang yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat mencapai kemenangan besar di dalam pilihanraya pada tahun tersebut, ramai pihak yang sering mengemukakan cadangan demi cadangan agar sistem dua parti dilaksanakan di dalam negara ini bagi mempermudahkan proses pemilihan dan pilihan untuk rakyat.
Apa maksud sistem dua parti itu? Semua orang pun jawab, antara BN dan Pakatan. Kalau bukan BN yang berkerajaan maka Pakatan yang menjadi kerajaan. Sekali-sekala BN dan Pakatan akan bertukar tempat di antara menjadi kerajaan dan pembangkang. Dan apabila ditanya dari manakah perlaksanaan itu dirujuk, maka dijawablah sama seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat.
Persoalannya di sini adalah, kenapa pula kita perlu mengikut sistem dua parti ala-Barat? Adakah sistem dua parti itu akan menyuburkan amalan demokrasi di dalam negara kita ini? Adakah dengan adanya sistem dua parti ini di negara kita, parti-parti lain masih mempunyai peluang untuk menyampaikan program-program mereka untuk tatapan dan pilihan rakyat?
Hakikatnya adalah amalan sistem dua parti ini adalah merupakan satu sistem politik yang tidak sihat kerana ianya mengekang amalan demokrasi bebas dan kebebasan rakyat untuk memilih parti-parti politik mengikut pilihan mereka. Di dalam sistem dua parti tersebut, parti-parti politik yang lain selalunya akan diketepikan dan mereka ini tidak akan diberikan peluang untuk berjuang di dalam arena politik yang sama taraf.
Selain daripada itu, rakyat jelata juga tidak akan mempunyai pilihan yang lebih luas sewaktu sesuatu pilihanraya umum diadakan. Sama ada mereka memilih BN ataupun Pakatan, sama seperti apa yang telah berlaku di Amerika Syarikat, sama ada rakyat memilih Demokrat ataupun Republikan, manakala parti-parti lain seperti Libertarian, Reform dan Sosialis langsung tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan tempat di dalam arena politik kebangsaan negara tersebut.
Sistem dua parti itu bukannya bertujuan untuk mengelirukan rakyat jelata dan seterusnya membolehkan rakyat melakukan pilihan mereka dengan lebih mudah. Sistem tersebut merupakan satu sekatan semata-mata kerana parti-parti lain tidak berpeluang untuk turun untuk menawarkan khidmat mereka kepada rakyat jelata dan seterusnya mendapatkan undian sewaktu sesuatu pilihanraya umum diadakan.
Sistem dua parti adalah merupakan satu sistem yang tidak demokratik dan harus diketepikan amalannya di dalam negara kita ini bagi memberikan peluang kepada parti-parti politik yang lain dan juga pada masa yang sama membolehkan rakyat memperluaskan pilihan dan alternatif mereka sewaktu pengundian daripada menjadi satu keadaan "mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali BN atau Pakatan".
Amalan tersebut jelas tidak sihat dan tidak sesuai untuk diamalkan di dalam negara kita ini kerana ianya melanggar batas-batas kebebasan berdemokrasi secara terbuka.