Adakah SPR bersih dan adil?
Betulkah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) itu boleh menjadi bersih dan adil sepenuhnya apabila menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti? Pengerusi dan timbalan pengerusi SPR pun ahli Umno, tetapi kedua-dua mereka ini menafikan yang mereka memihak kepada Umno.
Baru-baru ini timbul pula satu lagi kes, seorang timbalan pengarah operasi SPR cawangan Sabah, Aksyah Nasrah yang juga memegang jawatan ketua penerangan pemuda Umno Bahagian Kinabatangan yang berjaya didedahkan oleh para pemimpin PAS di negeri tersebut.
Dan yang lebih memeritkan hati rakyat adalah, pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof telah menyatakan bahawa itu adalah hak demokratik walaupun setiap orang untuk menyertai mana-mana parti politik walaupun seseorang itu sedang berkhidmat sebagai pegawai SPR sepenuh masa.
Ya, memang itu hak demokratik pegawai SPR itu untuk menyertai Umno, tetapi masalah yang utama di sini adalah pegawai SPR yang tersebut itu turut memegang jawatan tinggi di dalam Umno. Ini bermakna, kredibiliti pegawai SPR itu, sama ada beliau betul-betul berkecuali adalah dipersoal bukan sahaja oleh kalangan pemimpin parti-parti pembangkang, bahkan oleh rakyat jelata.
Kami ingin menasihatkan pengerusi SPR agar tidak cuba memutarbelitkan fakta yang sebenarnya. Sebagai seorang pegawai SPR baik apa peringkat pun pangkatnya, kedudukannya perlu berkecuali dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana parti politik bagi menjamin proses dan pengurusan pilihanraya umum dilaksanakan dengan bersih dan adil.