Isu Tanah, BN cuba putarbelit dan kelirukan rakyat
Nampaknya Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong ini tak habis-habis dengan isu tanah Talam Corporation sedangkan beliau asyik mengelak daripada persoalan mengenai penyelewengan dalam penjualan tanah yang telah berlaku sewaktu zaman pemerintahan BN di Selangor.
Fokus Chua Tee Yong terhadap isu Talam ini menunjukkan seolah-olah beliau telah lupa akan tanggungjawab beliau sebagai seorang timbalan menteri dan ahli parlimen kawasan Labis di Johor kerana beliau ini lebih menumpukan perhatiannya di negeri Selangor. Di manakah kesemua pemimpin MCA dan BN negeri Selangor sehinggakan Chua sangat diperlukan untuk membangkit isu-isu di negeri tersebut?
Apabila timbul sahaja isu-isu yang berkait dengan kesalahan seks buatan bapanya (presiden MCA, Dr Chua Soi Lek), Chua Tee Yong akan membangkitkan semula isu Talam untuk mengalihkan perhatian umum daripada kes tersebut. Apabila timbulnya pembongkaran kes-kes penyelewengan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno dan BN yang lain sewaktu pemerintahan BN di negeri Selangor, Chua Tee Yong ini sekali lagi akan membangkitkan isu Talam bagi mengalihkan perhatian umum daripada perkara yang sebenarnya, apabila timbulnya isu-isu rasuah yang melibatkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo dan pembinaan banglo-banglo besar yang melibatkan wang rakyat berbilion-bilion Ringgit, Chua Tee Yong itu akan sekali lagi ungkitkan soal Talam.
Kata Chua Tee Yong, kerajaan negeri Selangor sekarang cuba mengelak daripada berhadapan dengan isu Talam, tetapi apabila si Chua itu ditanya pula dengan macam-macam kes penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah di dalam pengurusan tanah sewaktu BN memerintah Selangor sehingga sebelum tahun 2008, beliau akan mengelak daripada menjawab perkara tersebut, katanya beliau adalah dari Johor dan tidak tahu menahu mengenai masalah tersebut. Katan beliau dari Johor, tetapi kenapa pula nak campurtangan dalam isu Talam yang berlaku di negeri Selangor sekarang?
Selain daripada itu, Chua Tee Yong itu juga cuba mengelak daripada fakta sebenarnya, bahawa isu Talam itu telahpun berlaku sejak zaman pemerintahan BN. Pakatan Rakyat hanya mengambil-alih tampuk pemerintahan negeri Selangor selepas Mac 2008. Beliau cuba mengelak apabila persoalan mengenai cadangan peringkat awal yang dilakukan sewaktu pemerintahan BN. Apa yang telah berlaku selepas Mac 2008 adalah peringkat susulan yang sememangnya telah tidak dapat dielakkan lagi kerana ianya telah termeterai mengikut undang-undang yang ada.
Begitu juga dengan kontroversi cadangan pembangunan beberapa fasa kediaman mewah bertingkat (kondominium) yang bersebelahan dengan kuil Hindu berbukit di Batu Caves. Kerajaan negeri BN yang sebenarnya telah memberikan kelulusan tersebut kepada pemaju perumahan itu sebelum 2008, dan selepas itu kerajaan Pakatan yang baru mengambil-alih negeri itu hanya bertindak sebagai penyusul kerana projek tersebut telahpun termeterai mengikut undang-undang. Bertapa tidak malunya MIC dan Gerakan keluar untuk berdemonstrasi di hadapan kuil Batu Caves itu dengan berpura-pura tidak tahu akan kesalahannya yang lalu.
Sejurus daripada itu, kerajaan negeri Selangor sekarang perlu mewartakan kesemua bentuk rekod dan dokumentasi mengenai beberapa siri penjualan dan pindah milik tanah agar ianya dapat dipamerkan untuk tatapan umum bagi menentukan siapakah yang sebenarnya telah melakukan kesemua kesalahan dan dari manakah perbuatan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan itu berasal.
Kalau BN cuba putarbelit dan kelirukan rakyat, Pakatan perlu buktikan dengan fakta kepada umum.