Dalang Perkauman Yang Sebenarnya
Kongres Kebangsaan DAP telahpun berlalu dua hari yang lalu. Kesemua perwakilan dan para pemimpin DAP telahpun kembali ke negeri-negeri masing-masing bagi menyambung tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat jelata.
Namum, Barisan Nasional (BN) khususnya Umno dan MCA terus menghentam DAP dengan begitu jijik sekali dengan asyik mengingatkan rakyat jelata akan bertapa "perkauman" dan "Cina" nya DAP itu dan ancaman parti tersebut terhadap masyarakat Melayu.
Sudah beberapa kali para pemimpin DAP telah menegaskan bahawa pemilihan dan perlantikan yang telah dilaksanakan di dalam jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti tersebut bukannya berlandaskan agihan mengikut kaum atau agama tetapi lebih berlandaskan kepada kebolehan dan kepakaran seseorang pemimpin tersebut. Kebetulannya adalah kebanyakannya daripada calon-calon tersebut adalah terdiri daripada kaum Cina dan India, manakala kaum Melayu yang peratusan keahliannya di dalam DAP masih kecil.
Jadi, siapakah dalang kepada isu-isu serta sentimen perkauman yang asyik berbangkit dan berulang ini? Rupa-rupanya Umno dan MCA lah yang asyik mengapi-api isu-isu perkauman secara berterusan hampir pada setiap hari baik di akhbar harian mahupun di media massa milik kerajaan. Tujuan Umno dan MCA berbuat demikian adalah untuk memastikan orang ramai benci akan DAP.
Umno akan membara-barakan isu perkauman itu agar masyarakat Melayu akan membenci DAP, sementara MCA pula akan juga berbuat demikian agar orang-orang India pula akan membenci DAP oleh kerana wakil-wakil kaum India tidak dipilih menganggotai CEC DAP. Umno dan MCA asyik mengajak orang ramai benci membenci di antara satu sama lain. Tidak ada kerja lain yang lebih bermanfaat selain daripada kebencian yang dipelopori oleh kedua-dua parti komponen BN itu.
BN itu sebenarnya bukanlah sebuah parti politik berbilang kaum, tetapi sebaliknya merupakan satu gabungan parti-parti politik yang berasaskan kaum masing-masing seperti Umno, MCA dan MIC. Gerakan dan PPP pula yang mendakwa diri mereka berbilang kaum tetapi tidak dapat menandingi gergasi-gergasi perkauman Umno, MIC dan MCA yang terlalu berpengaruh, lantas daripada itu ideologi Bangsa Malaysia di dalam BN tidak dapat direalisasi dengan berkesan akibat daripada dominasi perkauman.
Begitu juga dengan parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak, seperti SUPP, PRS, SPDP, PBB, PBS, LDP, UPKO dan PBRS walaupun semuanya berasaskan berbilang kaum, namun terpaksa juga tunduk dan akur kepada dominasi perkauman Umno.
Jadi, adakah BN itu betul-betul berkesan di dalam merealisasikan perpaduan antara kaum di negara ini, sedangkan dasar-dasar pecah dan perintah masih kuat diamalkan oleh para pemimpin BN yang ada sekarang?
Rakyat jelata haruslah memikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan untuk terus mendukung BN dan Umno. Akibatnya, keturunan kita yang seterusnya yang akan menderita jikalau kita terus silap memilih.