MCA, pendukung seks bebas dan eksploitasi ke atas wanita

Baru-baru ini di negeri Pahang, tajuk yang hangat diperkatakan, iaitu Ketua Pemuda DAP Bentong Chow Yu Hui kononnya telah menjadi "tali barut" dalam masyarakat Cina dan tunduk kepada desakan PAS agar para penyanyi atau pertujukan seksi tidak dibenarkan di dalam apajua majlis makan anjuran DAP.

Malah 15 orang ketua kampung pro-MCA yang telah tua nyanyuk turut mencabar Chow untuk keluar berdepan dengan mereka di sebuah tokong mengenai isu tersebut dengan cara bersumpah menyembelih ayam. Ianya kemudian disusuli dengan kecaman oleh beberapa orang pemimpin MCA negeri, khususnya Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.

Yang hairannya, kenapa Ketua Wanita MCA negeri Pahang tidak pula tampil ke hadapan untuk mengecam "tindakan" Ketua Pemuda DAP Bentong itu? Begitu juga dengan Ketua Wanita MCA Pusat yang sehingga pada hari ini masih gagal untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan kejadian tersebut.

Ya, kedua-dua Ketua Wanita MCA negeri dan pusat itu tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian tersebut kerana ianya jelas melibatkan soal moral dan eksploitasi terhadap wanita.

Daripada kejadian tersebut, kita dapat lihat dengan jelas keadaan yang sebenarnya, iaitu gejala seks yang bebas, kemerosotan moral dan eksploitasi terhadap wanita muda khususnya. Kalaulah benar dakwaan Datuk Ti yang mengatakan bahawa Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP Anthony Loke yang mencadangkan agar pertunjukan seksi di dalam sebarang majlis anjuran parti tersebut akan dilarang, apakah salahnya? Apa yang Loke lakukan itu adalah merupakan cubaan beliau untuk menghalang keruntuhan moral di kalangan anak-anak muda kita pada hari ini.

Dengan kecaman yang hebat daripada kalangan pemimpin MCA terhadap DAP yang kononnya tunduk kepada desakan PAS dan Hudud, Ianya telah membuktikan bahawa MCA lah yang mendukung amalan seks bebas, perlakuan moral yang rendah dan eksploitasi terhadap wanita selama ini.

Marilah kita tanya Datuk Ti, kalaulah "anak perempuan" Datuk Ti itulah yang sedang mengadakan pertunjukan pentas dengan gaya seksi dan memperdagangkan tubuh badannya di khalayak umum, setujukah Datuk Ti dengan perbuatan dan perlakuan "anak perempuannya" itu? Datuk Ti perlu menjawab dengan jujur persoalan tersebut.

Mungkinkah  MCA ini telahpun menjadi sebuah parti yang mendukung amalan seks bebas dan eksploitasi terhadap wanita oleh kerana presiden parti tersebut Dr Chua Soi Lek adalah juga seorang pengamal seks yang bebas dengan terbitan DVD mengenai nafsun seks bebasya sebelum ini?

Perkara pokok di sini adalah mengenai isu moral dan pemeliharaan kehormatan serta layanan terhadap kaum wanita, bukannya mengenai Islam ataupun Hudud dan perbuatan MCA mempolitikkan kejadian tersebut jelas telah menunjukkan bahawa parti tersebut langsung tidak mementingkan isu moral dan tidak menghormati kaum wanita di negara ini khususnya dari kalangan masyarakat Cina.

Perilaku dan tindakan MCA menunjukkan seolah-olah parti tersebut mendukung perlakuan seks bebas dan eksploitasi terhadap wanita. Sebab itulah, ketua-ketua wanita MCA masih tidak berani menyuarakan pendapat mereka terhadap kejadian tersebut kerana bimbang kenyataan mereka mungkin akan memakan pemimpin tertinggi parti mereka sendiri.

Bayangkan apakah yang akan terjadi jika sekiranya MCA memerintah negara ini? Amalan seks bebas akan diperluaskan, kegiatan pelacuran akan dibenar dan digalakkan, eksploitasi terhadap wanita akan dipertingkatkan, wanita-wanita di negara ini akan senantiasa menghadapi ancaman dirogol, dan sebagainya.

Sebab itulah MCA digelar Main Curi Ayam oleh orang ramai.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork