Isu Perkauman Diungkit Lagi!

Kongres Kebangsaan DAP di Pulau Pinang baru-baru ini telahpun selesai dan pemilihan jawatankuasa pusat parti tersebut juga telah menyaksikan calon-calon pelbagai telah dipilih oleh para perwakilan untuk memimpin parti tersebut ke Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Kenapa pula timbul isu perkauman sewaktu dan selepas kongres DAP itu diadakan? Siapakah yang telah menimbulkan kesemua bentuk perbincangan tersebut baik di dalam media massa mahupun akhbar-akhbar tempatan? Ya, ini jelas semuanya perbuatan kerajaan BN yang ingin terus mewarnakan DAP seakan-akan sebuah parti kauvinis Cina. Oleh kerana tidak ada "wakil-wakil Melayu" yang dipilih ke jawatankuasa pusat DAP, maka dicaplah parti itu sebagai sebuah parti politik Cina yang kauvinis.

Ini terbukti, dengan tembakan bertalu-talu parti-parti komponen BN, khususnya Umno, MCA dan Gerakan terhadap DAP ekoran daripada ketiadaan orang-orang "Melayu" yang dipilih. Malah ada juga ramai pemimpin Melayu yang turut sedikit terpengaruh dengan laporan-laporan "tidak ada orang Melayu" yang diheboh-hebohkan oleh media massa dan akhbar-akhbar tempatan yang kebanyakannya dimiliki oleh parti-parti komponen BN, lantas menyuarakan rasa tidak puashati mereka di mata umum.

Kenapa pula di dalam politik sekarang, Umno, MCA dan Gerakan ini semuanya sangat suka membeza-bezakan mengikut warna kulit atau bangsa? Politik itu politik, maka biarlah dinilai segala kerja-kerja politik itu berdasarkan pencapaian dan sumbangan sesebuah parti politik tersebut. Ya, DAP itu keahlian majoritinya terdiri daripada orang-orang Cina, tetapi yang lebih pentingnya adalah pendekatan parti tersebut bukan hanya setakat bertumpu kepada masyarakat Cina sahaja, bahkan keseluruhan rakyat Malaysia pada amnya.

Sama juga seperti di dalam PKR, partinya majoriti orang-orang Melayu, tetapi pendekatan politiknya lebih bertumpu kepada masyarakat berbilang kaum pada keseluruhannya. PAS juga telah beralih kepada segmen politik sedemikian dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan orang-orang Cina dan India.

Apa yang ada pada BN ini sebenarnya? Cuma sebuah gabungan yang terdiri daripada parti-parti perkauman seperti Umno (Melayu sahaja), MCA (Cina sahaja), MIC (India sahaja), UPKO (Kadazan sahaja). Gerakan pula mendakwa dirinya parti berbilang kaum tetapi majoriti ahli-ahlinya adalah kalangan orang-orang Cina sahaja, malah di dalam kepimpinannya juga tidak terdapat seorang Melayu pun yang dipilih.

Berhakkah Umno, MCA dan MIC memberikan pendapat mengenai DAP atau parti-parti politik yang lain jika disebut tajuk mengenai berbilang kaum? Umno, MCA dan MIC sememangnya tidak layak kerana mereka sendiri bukannya berbilang kaum. Malah mereka juga belum layak menyentuh isu-isu yang bertajuk perpaduan kerana parti-parti tersebut adalah berasaskan satu kaum masing-masing. Apa gunanya berselindung di belakang panji-panji BN dan mendakwa diri mereka berbilang kaum sedangkan parti-parti masing-pasing masih tidak dapat bertukar menjadi parti politik berbilang kaum.

Jika nak disebuat parti berbilang kaum dan lebih bercirikan Bangsa Malaysia yang paling ketara di negara ini, bukannya Umno, MCA, MIC, Gerakan atapun UPKO dan SUPP. Parti-parti yang lebih bercirikan Bangsa Malaysia adalah PKR, DAP, PPP, PRM, PSM dan KITA kerana parti-parti politik inilah yang mempunyai sifat dan keadaan berbilang kaum yang lebih ketara jika disebut bukan sahaja dari segi kedudukan, bahkan konsep dan pendekatan politiknya turut diambil kira.

Malaysia, negara kita sedang menghadapi arus pemodenan yang berterusan dan justeru daripada itu, harus membawa arus politik tersebut keluar daripada ungkitan perkauman dan agama, sebaliknya perlu memerhati dan menganalisa perkembangan-perkembangan berdasarkan polisi dan pencapaian. Politik yang berasaskan perkauman dan agama itu sudah lapuk dan tidak dapat dipakai lagi bukan sahaja di dalam negara kita, bahkan di seluruh dunia pada amnya.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork