BN seru rakyat lupakan kesalahan lampau mereka
Penyelaras BN Selangor Datuk Mohd Zin Mohamed telah menggesa rakyat jelata agar tidak mengungkit segala-gala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan negeri BN Selangor yang memerintah negeri tersebut sehingga tahun 2008.
Kata Datuk Mohd Zin, kita tidak patut mengungkit apa-apa kesilapan dan kesalahan BN Selangor yang lampau kerana rakyat telahpun menghukum mereka pada pilihanraya umum yang lalu dengan mengundi memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri menggantikan BN.
Bolehkah Datuk Mohd Zin terangkan apakah maksud sebenarnya kata-katanya itu? Adakah penyelaras BN Selangor itu bermaksud rakyat tidak seharusnya mengetahui segala-gala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang lalu agar mereka akan dapat terus menikmati kebebasan mutlak setelah sekian lama membolot wang rakyat dan melakukan rasuah untuk kepentingan diri mereka sendiri? Ya, memang itulah maksud Datuk Mohd Zin bagi memastikan para pemimpin BN yang telah menyeleweng di masa lampau terus bebas daripada sebarang hukuman dan tindakan undang-undang.
Sejak daripada dahulu lagi, kita telah lihat dengan mata kita sendiri bertapa ramainya ketua-ketua Umno bahagian di negeri Selangor yang telah membolot kekayaan secara tidak sah dengan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka sewenang-wenangnya. Lihatlah bertapa besarnya mahligai-mahligai yang dibina oleh beberapa orang ketua bahagian Umno di negeri tersebut, malah ada di antara mahligai-mahligai ketua-ketua bahagian Umno ini mempunyai keluasan yang jauh lebih besar daripada Istana Sultan Selangor.
Bukan sahaja mahligai-mahligai besar yang dimiliki oleh ketua-ketua bahagian Umno ini, malah mereka ini turut memiliki puluhan kereta-kereta mewah yang jauh lebih mahal daripada kenderaan-kenderaan yang dimilik oleh keluarga diraja negeri Selangor. Kita tengoklah bertapa besar dan luasnya mahligai yang dibina dan dimiliki oleh bekas menteri besar BN Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, yang juga ketua perhubungan Umno negeri pada waktu itu.
Kesemua bentuk kekayaan telah dibolot dan penyelewengan dilakukan oleh para pemimpin Umno ini pada masa lampau dan kebanyakan daripada perbuatan keji ini tidak diketahui rakyat jelata sewaktu pemerintahan BN di negeri Selangor shinggalah pada tahun 2008.. Jadi, Datuk Mohd Zin inginkan kita semua agar melupakan segala bentuk perbuatan yang menyalahi agama ini kerana ianya telahpun berlaku pada zaman sebelum tahun 2008.
Adakah seruan Datuk Mohd Zin ini adil bagi rakyat jelata? Kenyataan penyelaras BN negeri itu sememangnya menunjukkan bahawa beliau dan para pemimpin BN yang lain sememangnya tidak bertanggungjawab ingin lari daripada segala kesilapan dan kesalahan mereka yang lalu. Kata-katanya adalah sama seperti mencuri wang rakyat dan selepas itu menyeru agar kecurian itu dapat dilupakan.
Kita yakin bahawa rakyat di negeri tersebut tidak akan terpedaya dengan kata-kata manis yang dibuat oleh pemimpin BN tersebut. Kenyataan BN itu juga seolah-olah meminta belas kasihan daripada rakyat jelata agar segala perbuatan jenayah mereka dapat dilupakan dengan segera.
Janganlah kita lupakan segala-gala jenayah yang dilakukan oleh para pemimpin BN di masa yang lampau. Ianya harus diperingati dan direkodkan satu-persatu secara teliti agar ianya dapat dijadikan bahan rujukan semula apabila tibanya pilihanraya umum yang akan datang.