Janji ditepati, kononnya
Slogan Barisan Nasional (BN) menjelajah seluruh negara yang disebut "Janji ditepati" diilhamkan sendiri oleh presiden Umno dan perdana menteri Datuk Najib Razak bagi mengingatkan orang ramai akan segala-gala "janjinya" yang telah ditepati, kononnya.
Sebenarnya, Najib dan BN tidak banyak menepati janji mereka selama ini, sebaliknya lebih banyak memungkiri janji-janji mereka. Ingatkan bahawa rakyat akan mudah lupa seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi sebenarnya rakyat jelata tidak akan mudah lupa.
Rasuah
BN pernah berkali-kali berjanji akan menghapuskan rasuah tetapi sehingga pada hari ini, amalan rasuah telah menjadi semakin berleluasa di dalam negara ini. Sudah hilang kawalan. Ianya bercambah dengan begitu subur sekali di setiap sudut, pada setiap jenis kontrak, ianya turut berlaku pada setiap kerja-kerja perolehan di dalam kementerian pertahanan, ianya berlaku pada setiap projek-projek yang telah diberikan kepada kroni-kroni utama para pemimpin BN.
Pada tahun 1994, iaitu 18 tahun yang lalu, bekas presiden Umno Dr Mahathir telah meminda perlembagaan Umno (Baru) bertujuan untuk mengekang rasuah dan politik wang di dalam parti tersebut. Malah Dr Mahathir lebih "memahami" masalah rasuah dan dari manakah punca rasuah itu berasal, tetapi tindakan beliau itu tidak dapat menghapuskan rasuah dengan sepenuhnya.
Malah, Dr Mahathir sendiri telah menjadi mangsa rasuah itu sendiri. Pada 9hb September 2006 yang lalu, Dr Mahathir gagal memperoleh undi yang mencukupi bagi melayakkan dirinya untuk menjadi perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu di negeri Kedah dan asyik menyalahkan amalan rasuah dan politik wang berleluasa di dalam Umno sebagai punca utama kekalahannya. Kekalahan itu jelas telah memalukan beliau pada masa itu.
Dr Mahathir telah menjawat jawatan Pengerusi Umno Bahagian Kubang Pasu selama 30 tahun, presiden Umno dan perdana menteri Malaysia selama 22 tahun lamanya, tetapi rasuah dan politik wang sememangnya tidak mengenal mangsanya. Nama beliau terletak di barisan nombor satu tetapi selepas pengundian beliau hanya dapat mencapai kedudukan ke-9 daripada jumlah 15 orang calon yang bertanding.
Ya, memang betul kata ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa rasuah itu hanya satu amalan biasa yang berlaku di mana-mana sahaja.
Sistem Pendidikan yang teruk
BN juga telah banyak kali menjanjikan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia untuk negara ini dan meletakkan negara ini di peta dunia sebagai sebuah negara yang punyai taraf pendidikan yang paling berkualiti dan berprestij. Akan tetapi, sehingga pada hari ini, Malaysia gagal menduduki walaupun di antara 200 buah universiti yang terbaik dari serata dunia. Yang kita pasti bahawa universiti-universiti awam di negara ini hanya melahirkan graduan-graduan yang menganggur.
Anak perempuan Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir telah mengeluarkan anak-anak beliau daripada sekolah kebangsaan dengan alasan bahawa sekolah tersebut telah menjadi terlalu kemelayuan dan telah diperIslamkan. Sekolah-sekolah kebangsaan yang ada pada hari ini tidak lagi melambangkan ciri-ciri penyatuan etnik-etnik berbilang kaum, telah tidak lagi menitik beratkan perpaduan, tidak lagi dapat memupuk ciri-ciri kesetiakawanan di luar batas perkauman dan warna kulit, tidak lagi memupuk kesedaran sosial dan sivik dan sebagainya.
Malah tenaga pengajar di sekolah-sekolah kebangsaan ini yang dahulunya mempunyai komposisi etnik yang seimbang kini telah menjadi sebaliknya. Ciri-ciri perpaduan dan berbilang kaum di dalam sekolah-sekolah tersebut telahpun hilang ditelan arus ketuanan perkauman dan agama.
Di bawah ramai menteri pelajaran sebelum ini sehinggalah pada hari ini, sistem pendidikan di dalam negara ini telah gagal sama sekali di dalam aliran kualiti pendidikan. Kebanyakan sekolah-sekolah yang berprestij dan bertaraf pada suatu ketika dahulu kini telah menjadi sekolah-sekolah biasa yang telah hilang statusnya.
Bertapa teruknya sistem pendidikan dalam negara kita pada hari ini.
Perpaduan terancam
BN telah menjanjikan kepada rakyat jelata bahawa Bangsa Malaysia akan berjaya diwujudkan menjelang tahun 2020 dan pelbagai usaha sedang dijalankan bagi merealisasikan cadangan tersebut. Akan tetapi, pemimpin yang telah mengilhamkan kewujudan Bangsa Malaysia pada suatu ketika dahulu kini sendiri telah menolaknya mentah-mentah. Beliau kini telah menjadi penaung Perkasa, sebuah pertubuhan perkauman yang ekstremis dan mengalakkan pertubuhan tersebut untuk menyebarkan fahaman-fahaman yang boleh mengancam perpaduan antara kaum dalam negara kita ini.
Perpaduan negara bukannya lagi satu agenda yang perlu dititikberatkan oleh Umno. Tingkah laku dan kejadian yang menyindir perasaan kaum-kaum yang lain di sekolah, doktrin-doktrin perkauman dan kebencian yang dipelopori oleh Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri yang kuat mengecam kedudukan etnik-etnik bukan Melayu dengan melabelkan mereka sebagai pendatang dan sememangnya tidak layak untuk menjadi pemastautin di dalam negara ini.
Selain daripada itu, kebanyakan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh BN itu sering membelakangkan langkah-langkah perpaduan yang sebenarnya, sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha-usaha yang memastikan agar masyarakat kita akan senantiasa berpecah dan tidak dapat bersatu. BN akan memastikan dasar pecah dan perintah itu berterusan bagi meneruskan pemerintahannya.
Ianya merupakan satu permainan politik Umno dan Perkasa bagi memastikan agar keadaan Melayu lawan kaum-kaum yang lain dapat terus dipraktikkan. Kita tidak seharusnya jatuh ke dalam perangkap sedemikian.
Selama ini, tidak pernah Melayu lawan kaum-kaum yang lain, hanya Umno yang akan melawan arus tersebut. Sebenarnya, Umno tidak dapat memonopoli masyarakat Melayu di seluruh negara. Tidak semua orang Melayu yang menjadi ahli Umno, malah Umno tidak boleh mendakwa dirinya wakil masyarakat Melayu.
Perubahan
Jika sekiranya kita semua inginkan perubahan seperti yang diimpikan ramai selama ini, amalan rasuah, sistem pendidikan yang teruk dan ancaman terhadap perpaduan haruslah dikekang dengan segera. Untuk itu, BN perlu dikalahkan, Umno perlu diusir daripada tampuk pemerintahan dengan segera.
Sudah lebih 55 tahun BN dan Umno memerintah, namun elemen-elemen negatif ini masih berleluasa dalam negara ini. Dan apabila dipersoal akan keberkesanan Umno memerintah selama ini, maka diputarbelit pula kononnya masyarakat Melayu sedang diancam, dan kaum-kaum lain telah merampas hak-hak orang Melayu, sebuah republik Kristian akan wujud, orang-orang Melayu dan Islam akan hilang dari bumi Malaysia ini dan bermacam-macam karenah lagi.
Tibalah masanya untuk kita semua menjana arus perubahan dengan lebih agresif. Rakyat jelata perlu berani maju ke hadapan bagi menjayakan perubahan tersebut. Kitalah yang paling berhak sekali di dalam menentukan siapakah patut dan lebih layak berkerajaan dalam negara ini. Biarkanlah sahaja Umno dan BN ini datang dengan beg-beg yang berisi wang jutaan Ringgit dengan pelbagai janji-janji manis. Terimalah wang-wang yang ditawarkan oleh Umno dan BN, selepas itu, kertas-kertas undi akan dipalang bagi memastikan ini adalah penggal terakhir buat mereka.