Upacara pemujaan wang neraka, kebencian dan keganasan demi PM dan 1MDB?
Kami telah memerhati dengan jelas kejadian terbaru mengenai tindakan keganasan yang dianjurkan oleh pemuda Umno yang hampir hilang kawalan di hadapan ibupejabat DAP.
Pemuda Umno memberi alasan perlunya keganasan dan kebencian terhadap DAP adalah kerana ucapan Hari Raya yang berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat dan kemunculan komik dedak berunsur jenaka yang berkisarkan derma dan kemampuan di Hari Raya yang dianggap telah “menghina” agama Islam dan para umatnya.
Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan penghinaan seperti yang didakwa oleh pemuda Umno dan isi kandungan manakah yang dikatakan telah menghina agama Islam? Adakah kedua-dua muat turun dalam facebook tersebut dengan jelas dan lantang telah menghina agama Islam ataupun masyarakat Melayu? Ataupun dakwaan tersebut hanya bergantung kepada penterjemahan para pemimpin pemuda Umno itu semata-mata?
Jadi, adakah penterjemahan maksud dari facebook tersebut tepat?
Sebenarnya, Islam tidak dihina. Begitu juga dengan masyarakat Melayu. Diskripsi yang dikatakan menghina itu langsung tidak wujud di dalam kedua-dua muatan facebook tersebut.
Yang terasa hina sebeenarnya adalah Umno dan para pemimpin mereka, kerana mereka sudah tidak lagi dapat menutup kemaluan dan penglibatan pemimpin mereka di dalam skandal 1MDB dan penerimaan rasuah daripada kononnya seorang “penderma” Arab.
Oleh kerana ketidakmampuan mereka untuk “membela” pemimpin mereka sendiri lagi, pemuda Umno mengambil keputusan untuk membangkitkan isu-isu perkauman dan agama bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap masalah politik dalaman mereka.
Dengan membuahkan perasaan kebencian dan keganasan secara berterusan, maka rakyat jelata kemungkinan akan “lupa buat sementara” mengenai skandal 1MDB dan rasuah (“derma” Arab) yang telah menyebabkan negara kita kehilangan berbilion-bilion ringgit.
Berdasarkan segala tindak tanduk para pemimpin pemuda Umno yang terlibat di dalam demonstrasi ganas di hadapan ibupejabat DAP baru-baru ini, ianya seakan-akan mereka sendiri lah yang telah menghina agama Islam kerana adanya ciri-ciri “kemurtadan” yang timbul daripada tindakan mereka.
Ciri-ciri “kemurtadan” itu adalah para pemimpin pemuda Umno yang terlibat itu telah melakukan upacara pemujaan wang neraka di khalayak ramai mungkin kerana mereka amat percaya bahawa dengan upacara pemujaan wang neraka tersebut, para pemimpin DAP akan segera meninggal dunia selepas itu.
Tindakan yang dilakukan oleh mereka ini amatlah jelas. Mereka telah sesat dan terkeluar daripada ajaran Islam kerana tindakan upacara pemujaan tersebut.
Lihatlah, siapakah yang sebenarnya telah menghina Islam dan masyarakat Melayu?