Siapakah sebenarnya mempolitikkan agama?

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar telah menyatakan bahawa memang tidak ada paksaan di dalam keagamaan dan beliau berkata demikian bukannya daripada pandangan beliau sendiri. Nurul Izzah menyatakan perkara tersebut berdasarkan rujukan beliau dengan Surah Al-Baqarah 2:256 di dalam Al-Quran.

Kenyataan yang satu lagi adalah Nurul Izzah membuat kenyataan tersebut di dalam satu seminar anjuran sebuah institut kajian umum dan bukannya di dalam satu ceramah anjuran parti politik. Jadi, siapakah sebenarnya yang telah mempolitikkan agama ataupun mencampuradukkan agama dengan politik di sini?

Dari manakah tindak balas itu datang? Semua pihak tahu, sebaik sahaja Nurul Izzah menyatakan perkara tersebut, tindak balas yang pertama datangnya daripada Umno, iaitu sebuah parti politik yang sedang memerintah negara ini dan menguasai sebuah gabungan parti-parti campuran yang digelar Barisan Nasional (BN).

Jadi, sejak daripada hari Nurul Izzah membuat kenyataan tersebut, Umnolah yang telah banyak mempolitikkan isu tersebut sambil memutarbelitkan kenyataan asal Nurul Izzah dengan menuduh beliau sedang berkempen menyeru masyarakat Melayu murtad dan keluar daripada Islam.

Selain daripada itu, suratkhabar milik penuh Umno, Utusan Melayu turut memburukkan lagi keadaan dengan menyatakan bahawa ahli parlimen itu yang sedang memecahbelahkan umat Islam dengan cuba membawa mereka keluar daripada ajaran agama Islam.

Seterusnya, para pemimpin Umno yang lain, hampir setiap hari terus membangkit perkara tersebut di saluran-saluran utama media massa dengan tujuan untuk mengajak rakyat jelata agar benci kepada seseorang dengan sepenuhnya. Dan selepas itu, sebuah NGO ala-Umno, Perkasa turut serta di dalam kempen mengalakkan kebencian terhadap Nurul Izzah atas kenyataan yang berlandaskan Al-Quran tersebut.

Kita bangkitkan persoalan ini sekali lagi. Siapakah yang sebenarnya telah mempolitikkan agama selama ini? Tambah lebih buruk lagi apabila dua orang Raja turut terpengaruh dengan kempen kebencian yang dilakukan oleh Umno, turut serta campurtangan di dalam keadaan tersebut dengan mengecam Nurul Izzah yang tidak bersalah itu.

Seorang raja di sebuah negeri pantai barat semenanjung baru-baru ini telah bertitah bahawa politik tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan agama sambil turut menyatakan bahawa apa yang terdapat di dalam kitab tidak sepatutnya dijadikan seperti sajak atau pantun yang boleh ditafsirkan oleh seseorang. Hello! Siapakah yang menyajak dan berpantun dengan menggunakan istilah daripada kitab?

Manakala seorang lagi raja daripada sebuah negeri pantai timur, yang dilihat sebagai penyokong kuat presiden Umno Najib Razak apabila baginda seringkali dilihat memakai pin logo 1Malaysia di atas bajunya, menyatakan "dukacita" baginda terhadap Nurul Izzah dengan menyatakan bahawa ahli parlimen itu telah bertindak melampau. Kenyataan tersebut di ambil contoh daripada kitab, jadi adakah baginda mengatakan kitab tersebut turut melampau?

Inilah yang dikatakan keadaan yang sedang mencampuradukkan agama dengan politik. Orang yang membuat kenyataan tersebut tidak berbuat demikian di dalam ceramah-ceramah parti politik.

Nurul Izzah hanya menyatakan perkara tersebut di dalam satu seminar anjuran sebuah institut kajian umum, yang bernama Oriental Hearts and Minds Institute dengan kerjasama daripada Islamic Renaissance Front. Seminar tersebut bertajuk  "Islamic State: Which Version? Whose Responsibility?" yang bertujuan untuk membangkit kesedaran orang ramai khususnya masyarakat Islam mengenai ancaman politik terhadap agama tersebut dan versi-versi yang sering diputarbelitkan oleh pelbagai pihak.

Jadi, apa yang dibentang dan diperbincangkan di dalam seminar tersebut adalah bertujuan untuk menyemaikan persefahaman yang lebih mendalam terhadap ajaran Islam, agar ianya dapat membuahkan kesedaran yang lebih jelas di kalangan umat Islam mengenai keadaan dan cabaran yang sedang dihadapi oleh agama tersebut pada hari ini.

Pendek kata, perbincangan dan kertas kerja yang dibentangkan di dalam seminar tersebut telah diadakan dengan professional dengan tidak mengancam kedudukan mana-mana agama ataupun pihak yang terlibat, termasuk Islam dan masyarakat Melayu pada keseluruhannya.

Keadaan sekarang yang telah bertambah buruk dan mengelirukan, akibat daripada keganasan yang dilakukan oleh Umno terhadap Islam. Ingat! Islam bukannya dimiliki oleh Umno sahaja. Umno bukannya sebuah badan penguatkuasa Islam dan oleh itu parti tersebut tidak berhak untuk mengeluarkan penghakiman terhadap seseorang mengikut Islam.

Umno, usah berlagak seperti engkaulah Allah s.w.t. Engkau langsung tidak punyai layak kerana dosa-dosa engkau yang telah melampau dan melebihi had walau seorang pesalah.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

No action against YBs without speaker's consent