Umno yang rasa dirinya terancam

Kata Najib dan Muhyiddin di dalam perhimpunan agung Umno kini sedang berjalan, orang-orang Melayu kini sedang diancam elemen-elemen luar yang boleh memudaratkan hak-hak keistimewaan mereka. Tambah para pemimpin Umno itu lagi, orang-orang Yahudi kini juga sedang dalam proses untuk menguasai negara ini dengan kerjasama ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Betulkah orang-orang Melayu kini sedang terancam dengan pelbagai karenah-karenah seperti yang didakwa oleh para pemimpin Umno baru-baru ini? Sampailah ke tahap Peristiwa 13 Mei juga boleh berulang. Ini nampaknya sudah melebihi batas kebenaran kerana kesemua bentuk percakapan yang dilemparkan di dalam perhimpunan agung Umno itu telah melepasi had yang logik.

Memang tidak logik dibuatnya. Sebenarnya, Umnolah yang telah merasa diri mereka terancam, akibat daripada pengaruh parti-parti pembangkang yang dikatakan semakin popular di kalangan rakyat. Umno merasa dirinya terancam kerana takut akan kehilangan kuasa pada pilihanraya umum yang akan datang, Umno takut apabila kehilangan kuasa, maka kesemua projek-projek dan "khang thau" mereka akan hilang ditelan arus. Perniagaan dan semua bentuk bisnes mereka dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan akan ditamatkan, jika sekira amalan tender terbuka dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Bukan orang-orang Melayu yang akan diancam kepupusan, orang-orang Umnolah yang takut kuasa yang ada pada diri mereka semua ini akan terpupus, kerana peluang mereka untuk memperoleh pendapatan melalui projek-projek dan kontrak-kontrak daripada kerajaan secara tidak sah akan tamat dengan begitu sahaja. Itulah yang mereka takutkan.

Untuk menipu rakyat jelata, Umno menggunakan nama "Melayu" untuk melindungi kepentingan diri mereka, kekuasaan mereka, kekayaan mereka, dan apajua monopoli mereka selama ini. Kalaulah Umno itu betul-betul jaguh orang-orang Melayu seperti yang didakwanya selama ini, kenapa masih ramai orang-orang Melayu yang hidup miskin melarat, kenapalah masih ramai orang-orang Melayu yang tidak dapat maju selama ini, kenapalah masih ramai orang-orang Melayu yang buta huruf dan tidak mendapat pendidikan yang sempurna, kenapalah ekuiti orang Melayu masih gagal mencapai sasarannya sehinggalah ke hari ini dan pelbagai masalah lagi?

Percayakah lagi yang kononnya Umno itu "jaguh Melayu"? Janganlah ditipu si Umno itu lagi. Janganlah percaya akan semua dusta-dusta Umno itu lagi. Sudah lebih daripada 55 tahun Umno memerintah negara ini, itulah bukti yang paling kukuh sekali.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork