Umno janji akan porak perandakan negara kita
Timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin telah memberikan satu amaran yang keras kepada rakyat di dalam perhimpunan agung Umno yang sedang diadakan, bahawa negara ini akan menjadi porak peranda sekiranya parti-parti pembangkang menang di dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Siapa yang memberikan amaran itu, maka dialah yang akan porak perandakan negara ini dan dialah yang akan betul-betul memastikan agar negara ini akan menjadi porak peranda dengan huru hara dan pembunuhan akan berlaku. Itulah peringatan terakhir Muhyiddin kepada rakyat jelata sebelum pilihanraya umum ke-13 yang akan menjelang tidak lama lagi.
Adakah parti-parti pembangkang bergitu berdaya untuk memporak perandakan negara ini? Selepas pilihanraya umum pada tahun 1969, di mana parti-parti pembangkang telah mencapai siri-siri kemenangan yang begitu memberangsangkan, Umno telah merancang peristiwa 13 Mei dengan rusuhan kaum yang mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai, parlimen digantung peranannya, ahli-ahli parlimen yang baru dipilih ditangkap dan diheretkan ke dalam penjara tanpa bicara, para penyokong parti-parti pembangkang ditangkap secara beramai-ramai dan dihumbankan ke dalam penjara untuk diseksa oleh pihak tentera dan polis, fungsi kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan digantung dan digantikan dengan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dikuasai oleh para pemimpin Umno, para pegawai tinggi tentera dan polis.
Selepas pilihanraya umum yang ke-12 pada bulan Mac 2008, parti-parti pembangkang berjaya menguasai negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan mengekalkan kekuasaan mereka di negeri Kelantan. Apakah yang terjadi selepas itu?
Umno telah melancarkan pemberontakan di negeri Perak dan berjaya menggulingkan kerajaan negeri yang diterajui oleh gabungan parti-parti pembangkang. Selepas itu, Umno cuba memporak perandakan negeri Pulau Pinang pula dengan beberapa tunjuk perasaan besar-besaran yang membangkit isu-isu perkauman, peminggiran terhadap orang-orang Melayu dan menggalakkan orang-orang Melayu membenci kerajaan negeri yang diterajui oleh parti-parti pembangkang.
Tidak berjaya dengan cubaan untuk memporak perandakan negeri Pulau Pinang, Umno mengalih perhatian mereka pula ke negeri Selangor dengan mencuba pelbagai helah, membangkitkan pelbagai isu perkauman, menghina agama-agama lain, mempermainkan isu-isu kuil dan agama Hindu di negeri tersebut dengan menggunakan kepala lembu yang telah disembelih, mempermainkan isu bekalan air, mempergunakan segolongan kaum ibu untuk mengelirukan keadaan, mempergunakan sektor awam untuk mengelirukan keadaan serta pentadbiran kerajaan negeri dan sebagainya untuk cuba menggulingkan kerajaan negeri Selangor.
Namun, kerajaan negeri Selangor tetap teguh dan masih kekal di bawah gabungan parti-parti pembangkang yang sedia ada. Perpaduan di kalangan parti-parti pembangkang semakin teguh, begitu juga persefahaman di kalangan rakyat di negeri tersebut juga bertambah baik dan sebab itulah cubaan Umno untuk memporak perandakan negeri tersebut berjaya dipintas dengan sepenuhnya.
Kemudian, Umno dengan kerjasama MCA cuba menghasut masyarakat Cina di negeri Kedah dan Kelantan agar bangkit menentang kedua-dua kerajaan negeri yang sedang memerintah. Namun, sehingga ke hari ini, Umno gagal untuk menumbangkan kerajaan negeri-negeri Kedah dan Kelantan.
Ya, walau apa sekali kegagalannya, Umno akan tetap berusaha untuk menunaikan janjinya agar negara ini akan menjadi porak peranda di satu hari nanti. Dan apabila negara ini betul-betul menjadi porak peranda seakan-akan peristiwa 13 Mei itu, Umno akan dapat mengambil kesempatan untuk kembali berkuasa dengan menggunakan kekerasan dan cara yang keji lagi jijik.
Umno, selamat memporak perandakan negara ini!