Umno, jangan berlagak seperti Tuhan!
Wahai Umno dan kesemua NGO-NGO yang diperhamba olehnya, janganlah berlagak-lagak seperti Tuhan. Siapakah kamu-kamu semua untuk memberikan satu ketetapan ataupun sejenis "fatwa" untuk mensabitkan seorang itu bersalah oleh kerana beliau hanya memberikan kenyataan itu berpandukan apa yang tertera di dalam ajaran Al-Quran (Surah Al-Baqarah 2:56).
Para pemimpin Umno dan hamba-hamba NGO di bawahnya tidak berhak untuk mengarah ataupun menentukan mana-mana pihak yang bersalah dan dihukum. Kalaulah seseorang itu benar-benar bersalah, sudah lama orang tersebut telah menerima akibatnya. Tetapi kenapa sehingga kini, orang tersebut masih selamat berada di bumi ini? Janganlah digunakan nama Tuhan untuk cuba menjatuhkan "hukuman" itu mengikut undang-undang "Umno". Itu lagi berdosa, kerana mempergunakan nama Tuhan untuk tujuan-tujuan keji lagi jahat!
Apakah dari kalangan para pemimpin Umno tersebut tidak punyai sebarang kesalahan selama lebih 50 tahun memerintah negara ini? Sudah lebih 50 tahun Umno memerintah, kenapa majoriti orang-orang Melayu masih hidup miskin melarat? Kenapa ekuiti orang-orang Melayu sehingga kini masih belum mencapai walau 10 peratus pun? Kenapa kepentingan orang-orang Melayu di tanah tumpah darah mereka sendiri selalunya hilang atau lesap dengan begitu sahaja? Kenapa orang-orang Melayu masih ketinggalan di dalam pelbagai bentuk bidang, manakala kaum-kaum yang lain telah maju ke hadapan?
Dahlah Umno gagal untuk mempertahankan kaum yang konon "diwakilinya", dipersalahkan pula terhadap kaum-kaum yang lain yang telah maju lebih daripada 100 peratus. Kata Umno, kaum-kaum lain yang telah merampas hak-hak, aset-aset dan ekonomi orang-orang Melayu. Sedarlah orang-orang Melayu, siapakah yang memerintah negara ini selama lebih daripada 50 tahun? Bukan PKR, bukan PAS, bukan DAP, bukan PPP, bukan PKR, bukan MCA ataupun Gerakan, bukan SUPP, bukan SAPP, bukan PRM, siapapun bukan! Yang paling berkuasa di dalam Barisan Nasional (BN) itu siapa? Semua orang tahu, Umnolah yang paling berkuasa di dalam BN dan kesemua parti-parti komponen BN yang lain hanyalah hamba kepada Umno.
Umno bukan perjuangkan ketuanan Melayu selama ini, tetapi lebih kepada ketuanan Umno itu sendiri. Dan kini para pemimpin Umno pula ingin berlagak lebih tinggi darjat daripada Raja-raja Melayu. Yang paling melampau sekarang, para pemimpin Umno mahu mewakili Tuhan untuk mengeluarkan fatwa ini dan fatwa itu terhadap mana-mana pihak yang tidak seiring dengannya. Lebih memburukkan lagi keadaan sekarang adalah para pemimpin Umno kini mahu menjadi Tuhan bagi memberikan penghakiman sesuka hati mereka terhadap orang-orang yang tidak bersetuju dengan parti tersebut.
Para pemimpin Umno, usah berlagak seperti Tuhan ataupun menipu orang-orang kampung khususnya. Orang-orang di kawasan bandar telahpun sedar bertapa palsunya segala-segalanya yang didakwa ciptaan Umno selama ini. Orang-orang kampung haruslah juga sedar bertapa keji dan jahatnya para pemimpin Umno ini yang telah lama memperhambakan orang-orang Melayu untuk memperkayakan diri mereka.
Siapakah yang merasuah dan dirasuah selama ini, siapakah yang paling banyak menyalahgunakan kuasa selama ini, siapakah yang asyik memburuk-burukkan kaum dan masyarakat yang lain selama ini, siapakah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah untuk membolot semua harta negara selama ini? Ingin tahu? Siapakah sebenarnya yang telah memerintah negara ini selama lebih daripada 50 tahun? Umnolah yang telah lama memerintah, dosa-dosa yang tidak terkira jumlah dan biliangannya, mana ada kelayakan untuk melakukan kerja-kerja Tuhan?
Kalau sudah bersalah dan berdosa, dan kini berlagak pula sepertu Tuhan, lagi berdosalah para pemimpin Umno dan parti itu.
Jahuilah diri daripada parti yang sesat ini!