Kes kondo Batu Caves, BN masih berdendam
Pada mulanya parti-parti kompoen BN, iaitu MIC and Gerakan masing-masing asyik menuduh kerajaan negeri Selangor sekarang yang telah meluluskan projek pembinaan kondominium yang hampir dengan kuil Hindu Batu Caves.
Akan tetapi, perbuatan MIC dan Gerakan itu untuk menggugat kestablilan kerajaan negeri semamangnya tidak berjaya apabila presiden Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin A'ala mendedahkan bahawa keputusan dan kelulusan tersebut telahpun dibuat pada tahun 2007, iaitu sewaktu pemerintahan BN di Selangor dan teryata kedua-dua MIC dan Gerakan terlibat sama di dalam proses kelulusan tersebut sewaktu wakil kedua-dua parti tersebut menduduki MPS sebagai ahli-ahli majlis.
Dan semalam pada hari Deepavali, pengerusi BN Najib Razak bersama-sama dengan bekas presiden MIC Samy Vellu, presiden MIC G.Palanivel, pengerusi Gerakan Selangor Kohilan Phillay dan para pemimpin BN yang lain telah berarak dan berkumpul di Batu Caves dengan terus menafikan penglibatan wakil-wakil MIC dan Gerakan di dalam kelulusan projek kondominium sambil berikrar bahawa jika sekiranya BN berjaya "memperoleh kembali kuasa" di negeri Selangor, BN akan terus "membatalkan" projek tersebut.
Pihak BN yang telah mengakibatkan timbulnya masalah tersebut dan sekarang BN sendiri yang berpura-pura ingin menyelesaikannya. Dengan cara apa? Kerajaan negeri bukan lagi di bawah kekuasaan BN lagi sejak dari tahun 2008. Kalau BN nak "mengubah" keadaan kenalah melakukan kerja-kerja yang kotor dan keji seperti yang BN telah lakukan di negeri Perak sebelum ini.
Dendam BN yang sungguh membara itu tidak terhenti dengan begitu sahaja. Najib telah mengarahkan agar presiden MPS, yang telah mendedahkan penglibatan MIC dan Gerakan, ditukarkan ke sebuah agensi kerajaan yang tidak begitu penting dalam tempoh 24 jam, berkuatkuasa pada keesokan harinya.
Macam mana alasan demi alasan yang BN cuba berikan berikutan pertukaran mengejut presiden MPS itu ke jabatan lain, tidak akan dipercayai lagi. Yang telah bohong, dahlah bohong sangat, sekarang cuba menafikan perbuatan mereka. Memang konspirasi politik yang keji dan kotor, penuh dengan dendam.