Melayu Di Malaysia Turut Dianaktirikan
Kami merujuk kepada kenyataan yang dibuat melalui Utusan Malaysia oleh seorang pengarang yang berselindung di sebalik "Awang Selamat" yang mengatakan orang-orang Melayu di Singapura telah dianaktirikan ketika pemerintahan Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri republik itu yang kini telah bersara sepenuhnya daripada arena politik negara tersebut.
Sebelum kami meneruskan komentari ini, ingin kami tegaskan bahawa kami bukannya menyokong apa yang diperkatakan ataupun ditulis oleh Lee. Bahkan, kami juga kurang setuju dengan kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Lee berhubung dengan perjalanan politik di dalam negara kita ini. Boleh juga kami katakan bahawa Lee agaklah ketinggalan zaman apabila beliau memberi sedikit sebanyak komentar mengenai politik Malaysia dan Singapura. Itulah hakikatnya.
Yang kami ingin memberikan sedikit pemahaman di sini adalah, tidak sedarkah "Awang Selamat" ataupun si pengarang yang berselindung di sebalik gelaran tersebut, bahawa orang-orang Melayu di dalam negara kita, Malaysia ini turut mengalami keperitan hidup. Ya, betul! Majoriti orang-orang Melayu di dalam negara kita ini sememangnya masih hidup di dalam kemiskinan yang teramat sangat duka, tidak mendapat pendidikan yang sempurna, kurangnya pembangunan dan bekalan asas di kawasan perkampungan dan pendalaman, masih perlu bergantung kepada bantuan kerajaan, masih perlu bergantung kepada dasar-dasar yang memanjakan mereka sendiri dan sebagainya.
Malah, apa yang lebih menyakiti dan menyedihkan di sini adalah, setelah 56 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dengan Umno sebagai parti memerintah di negara ini, juga selama 56 tahun lamanya, orang-orang Melayu masih gagal mencapai sasaran ekuiti modal sebanyak 30 peratus yang ditetapkan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diketengahkan oleh Umno.
Tidak sedarkah "Awang Selamat", bahawa Umno sudahpun memerintah negara ini selama 56 tahun lamanya, dan orang-orang Melayu di negara kita ini masih hidup di dalam keadaan yang masih memerlukan bantuan seperti dahulu kala, masih gagal mencapai ekuiti modal 30 peratus. Kenapa jadi begini. Kalaulah parti-parti perkauman di negara yang lain yang memerintah begitu lama, sudah pasti kaum yang diwakili itu sudah lama mencapai kejayaan dan mampu berdaya saing di peringkat global.
Akan tetapi, keadaan tersebut agak berlainan dan pelik di sini. Umno yang mendakwa dirinya parti yang mewakili orang-orang Melayu, bertujuan untuk menegakkan Ketuanan Melayu bagi memastikan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu terpelihara selama-lamanya, masih tidak mampu untuk memajukan orang-orang Melayu, walaupun sudah 56 tahun memerintah dan begitu juga dengan DEBnya yang sudah lama dilaksanakan.
Dan sewaktu kegagalan Umno itu sedang diketengahkan, para pemimpin Umno pula yang keluar beramai-ramai untuk memutarbelitkan keadaan dengan menyalahkan kaum-kaum bukan bumiputra yang telah menyumbang kepada kegagalan pencapaian orang-orang Melayu di dalam negara ini. Kononnya kaum-kaum bukan bumiputralah yang menghalang peluang-peluang ekonomi untuk orang-orang Melayu dan kaum-kaum bukan bumiputra yang telah membolot kesemua bentuk kekayaan yang dihasilkan di dalam negara kita ini.
Tidak sedarkah "Awang Selamat", siapakah yang sedang memerintah negara kita ini sekarang? Adakah PKR, PAS, PRM, PCM, PBS, LDP, Upko ataupun DAP yang sedang memegang tampuk pemerintahan di Putrajaya? Siapakah yang telah menetapkan DEB dan melaksanakannya lebih sedekad yang lalu? Adakah PKR ataupun DAP yang menjadi pemegang amanah DEB? Semuanya tidak. Dan kenapa pula apabila berita ataupun isu orang-orang Melayu masih berada di bawah pencapaian yang sepatutnya, maka dengan segera Umno menyalahkan parti-parti pembangkang seperti PKR, DAP ataupun PAS yang kononnya merekalah penyebab kepada penderitaan orang-orang Melayu di dalam negara kita ini?
Soalan kepada "Awang Selamat", bukankah kesemua dakwaan tersebut tidak masuk akal? Jawab dengan ikhlas dan hati yang terbuka.
Masih ingat lagi tak, "Awang Selamat" sewaktu sekutu Umno, yang memerintah Pulau Pinang, iaitu Gerakan sehingga sebelum tahun 2008, ramai pemimpin Umno sering menuduh ketua menteri pada masa itu, Dr Koh Tsu Koon menganaktirikan orang-orang Melayu di Pulau Pinang, sambil mendakwa bahawa Gerakan telah membentuk sebuah kerajaan Cina di negeri tersebut. Sekarang pula, apabila DAP yang berkongsi kuasa dengan PKR dan PAS memerintah Pulau Pinang, dituduh pula oleh Umno, kononnya kerajaan negeri pimpinan DAP itu juga telah mengetepikan orang-orang Melayu di Pulau Pinang sambil mendakwa bahawa DAP telah membentuk sebuah kerajaan Kristian di negeri tersebut.
Soalan yang kedua kepada "Awang Selamat", bukankah kesemua dakwaan tersebut langsung tidak masuk akal? Jawab dengan ikhlas dan hati yang terbuka.
Tidak sedarkah "Awang Selamat", bahawa kebanyakan dasar-dasar utama termasuk juga perlaksanaan DEB adalah ditentukan dan diuruskan oleh kerajaan pusat di Putrajaya. Siapakah sebenarnya si pemerintah di Putrajaya itu? Tidak sedarkah "Awang Selamat", yang sedang memerintah di Putrajaya itu bukannya sebarangan PKR, PAS ataupun DAP, tetapi Umno yang telah menduduki tampuk pemerintahan kerajaan pusat itu selama 56 tahun lamanya.
"Awang Selamat", tahu tak, kenapa dengan Umno sebagai pemerintah selama 56 tahun lamanya, orang-orang Melayu masih belum dapat maju dan berdaya saing dengan sepenuhnya? Kenapa ekuiti modal orang-orang Melayu masih berada di bawah 30 peratus, malah masih belum mencapai walau 25 peratus pun? Malah di dalam arena politik pula, orang-orang Melayu berpecah kepada beberapa buah parti politik yang berasingan. Kalaulah Umno itu tunggak orang-orang Melayu, kenapa pula keadaan yang berlaku sekarang adalah sebaliknya?
Sedarlah "Awang Selamat", memang benar bahawa Umno telahpun memerintah negara ini selama 56 tahun lamanya. Masalah orang-orang Melayu masih dianaktirikan itu bukannya kerana perbuatan mana-mana parti-parti pembangkang, tetapi perbuatan para pemimpin Umno itu sendiri yang telah mempergunakan nama DEB untuk memperkayakan diri mereka, untuk mewujudkan satu lagi golongan yang dikenali sebagai Bangsawan Melayu, iaitu golongan elit Melayu yang telah keluar terus daripada aliran rumpun Melayu yang asal.
Dengan wujudnya golongan bangsawan yang dipelopori oleh Umno ini, maka majoriti orang-orang Melayu di negara kita ini sudah tidak diendahkan lagi oleh Umno dan para pemimpinnnya. Yang memegang tampuk kuasa di Putrajaya sana itu semuanya bukan lagi wakil orang-orang Melayu seperti yang didakwa oleh Umno selama ini. Sokongan dan undi orang-orang Melayu telah diperguna dan diperalatkan sewenang-wenangnya bagi memastikan kekuasaan dan dan kekayaan golongan bangsawan Umno itu terus kekal buat selama-lamanya.
Tidak sedarkah "Awang Selamat", bahawa majoriti orang-orang Melayu di negara ini telah diperdayakan selama ini dan sebab itulah orang-orang Melayu turut dianaktirikan di dalam negara kita ini. Sedarlah bahawa Umno itu bukannya lagi Melayu, tetapi lebih berupakan bangsawan ataupun elit yang hanya mementingkan kuasa dan kekayaan dan demi mengekalkan kesemua ini, mereka akan melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan akidah, seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, politik wang, peras ugut, menyalahgunakan agama dan Raja-raja Melayu, berlaku khianat, perkauman, ancaman, keganasan dan sebagainya.
Kalau betul-betul jantan, keluarlah si pengarang di sebalik bayang "Awang Selamat", untuk bersama-sama dengan rakyat jelata menghalang Umno daripada terus membaham negara kita ini.