MCA Nak Sertai Semula Kerajaan. Apa Bezanya?
Baru-baru ini, beberapa pertubuhan masyarakat Cina di serata Malaysia telah menggesa agar MCA menyertai semula kerajaan di semua peringkat. Begitu juga dengan saranan yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin MCA yang menyokong timbalan presiden parti, Liow Tiong Lai.
Kumpulan yang dikepalai oleh Liow juga telah dilihat sedang berkempen untuk mendapat sokongan ahli-ahli parti bagi membawa MCA kembali ke pangkuan kerajaan. Seperti yang diketahui umum MCA akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya tidak lama lagi, begitu juga dengan pemilihan parti, yang kini sedang berjalan dari cawangan hingga bahagian. Pemilihan peringkat pusat dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini yang akan menyaksikan pertandingan sengit untuk beberapa jawatan tertinggi dalam parti.
Jikalau benar MCA ingin menyertai semula kerajaan dan berjaya berbuat demikian, apakah bezanya? Mampukah MCA menjadi lantang di dalam menyuarakan hak-hak masyarakat bukan bumiputra di negara kita ini? Atau MCA masih akan terus menjadi seperti dahulu, tunduk dan asyik mengia segala-gala yang diperintah oleh Umno? Persoalan di sini adalah, adakah MCA benar-benar telah berubah di bawah pimpinan presiden partinya, Dr Chua Soi Lek? Ataupun Liow yang boleh mengubah keadaan jika sekiranya beliau menjadi presiden parti?
Persoalan yang satu lagi, apakah tujuan sebenarnya MCA ingin menyertai semula kerajaan dengan begitu cepat sekali sehinggakan ada beberapa pemimpin utamanya berkempen di seluruh negara untuk mendapat sokongan ahli-ahli parti? Apakah para pemimpin MCA ini sudah tidak tahan lagi dengan kekosongan mereka, ketidakbiasaan mereka tanpa jawatan kerajaan dan kekurangan "pendapatan" yang berlebihan?
Masalah utama di sini adalah, masyarakat masih kabur dengan hala tuju MCA yang sebenarnya. Daripada pilihanraya umum ke-12 dan ke-13 yang lalu, adalah didapati MCA telah kehilangan arah dan hanya asyik menyerang lawan politiknya daripada cuba membuktikan semula kredibilitinya. Serangan demi serangan yang tidak tentu arah MCA terhadap lawannya sememangnya telah memuakkan lagi rakyat jelata sehinggakan ada di kalangan kita yang tidak mahu mengambil tahu mengenai parti tersebut lagi.
Jadi, apakah halatuju MCA yang sebenarnya? Apakah "projeknya" yang boleh mengembalikan parti tersebut ke era kegemilangannya seperti dahulu? Masih kabur dan tidak jelas. Yang ada pada MCA sekarang adalah pertelingkahan dalaman parti yang semakin memuncak, para pemimpin MCA yang terdiri daripada beberapa puak senantiasa bertikam lidah di mata umum.
MCA nak menyertai semula kerajaan kononnya, apa bezanya, jika sekiranya parti tersebut masih tidak serius dengan perubahan dalamannya? "MCA For Change" yang wujud selepas pilihanraya umum yang lalu masih tidak dapat mendapat sokongan menyeluruh daripada ahli-ahli parti. Ini bermakna, di semua peringkat, MCA masih dibolot oleh golongan konservatif.
Adalah jelas masih terdapat banyak lagi kelemahan di dalam MCA dan parti tersebut perlu menumpukan perhatiannya di dalam perubahan pada keseluruhannya dan untuk menyertai semula kerajaan, sememangnya tidak bersesuaian dengan keadaan parti tersebut yang masih tenat dan bermasalah.
Bolehkah MCA berubah atau sebaliknya tertakluk kepada para perwakilan parti tersebut di dalam perhimpunan agung dan pemilihan pucuk pimpinan yang akan datang. Dan selepas itu, barulah kita dapat saksikan dan menilai sama ada MCA akan dapat menggerakkan perubahannya dengan berkesan.