Fatwa Tidak Ada Kuasa
Ramai di antara kita, khususnya di kalangan bukan Islam mula menyoal di antara satu sama lain, apakah sebenarnya Fatwa dan kenapa ianya begitu "berkuasa", penuh dengan kontrovesi dan ianya seringkali membatasi undang-undang yang sedia ada?
In adalah kerana Fatwa itu telah menjadi suatu isu yang amat besar sekarang, bahkan di kalangan umat Islam itu sendiri turut bangkit untuk mempersoal tujuan Fatwa-fatwa tersebut dikeluarkan dan apakah halatuju yang sebenarnya. Ianya juga telah menimbulkan banyak kekeliruan, salahfaham dan sebagainya, bukan sahaja di kalangan umat Islam, bahkan di kalangan bukan Islam turut merasai suatu bentuk :kongkongan" yang berkemungkinan besar akan menyukarkan mereka di suatu hari nanti.
Jadi, apakah maksud sebenarnya Fatwa? Itulah yang ramai di antara kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut.
Fatwa adalah merupakan suatu pandangan dan nasihat yang dikeluarkan khusus oleh para pemimpin agama, seperti ulama, mullah dan pegawai-pegawai kanan agama yang berkelayakan. Fatwa itu bukannya sesuatu perintah yang dikeluarkan, dijadikan undang-undang secara terus untuk dikuatkuasakan.
Persoalannya adalah, kenapa Fatwa itu telah dijadikan seakan-akan seperti undang-undang yang dikuatkuasakan? Setahu kami, sehingga pada hari ini, adalah hanya parlimen dan dewan-dewan undangan negeri yang berhak untuk membentang, menggubal dan meluluskan undang-undang agar ianya dapat dikuatkuasakan. Begitu juga dengan undang-undang Syariah, semuanya dibentang dan diluluskan oleh parlimen dan dewan-dewan undangan negeri.
Ini bermakna, pihak berkuasa agama yang mengeluarkan beberapa Fatwa baru-baru ini telah menyimpang daripada tujuan sebenarnya sehinggakan ianya sering menimbulkan banyak tanda tanya, kekeliruan dan salahfaham.
Kita tengoklah kekeliruan dan kebimbangan yang timbul apabila pihak berkuasa agama sebuah negeri yang mengeluarkan Fatwa untuk "mengharamkan" empat orang gadis beragama Islam daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 yang dikendalikan oleh penganjur profesional yang diiktiraf.
Setelah Fatwa itu dikeluarkan, keempat-empat gadis tersebut juga diancam pihak berkuasa agama berkenaan akan akibatnya, jika sekiranya penyertaan mereka diteruskan, maka mereka akan didakwa di mahkamah Syariah kerana "menghina" Islam dengan tidak mematuhi Fatwa tersebut.
Dari sinilah kita dapat melihat bahawa pihak berkuasa agama yang mengeluarkan Fatwa itu telah menyimpang daripada tujuan asalnya dengan bertindak seolah-olah seperti sebuah badan penguatkuasa. Hakikatnya adalah Fatwa bukannya sesuatu undang-undang kerana ianya tidak digubal, dibentang mahupun diluluskan oleh parlimen atau mana-mana dewan undangan negeri.
Oleh yang demikian, Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama sememangnya tidak boleh disalahgunakan semata-mata bagi menakut-nakutkan mana-mana pihak mempunyai perbezaan pendapat. Pihak berkuasa agama tidak sepatutnya menganggap Fatwa yang dikeluarkan itu semuanya adalah "undang-undang".
Dan jika pihak berkuasa agama masih enggan menerima hakikat bahawa sesuatu Fatwa adalah hanya merupakan suatu bentuk pandangan dan nasihat berkaitan keagamaan, ini bermakna mereka juga menghina kedudukan dan kedaulatan undang-undang yang sedia ada serta memperlekehkan kedudukan dan peranan parlimen dan dewan-dewan undangan negeri sebagai penggubal undang-undang negara yang sebenarnya.
Katakanlah, jika sekiranya Fatwa-fatwa tersebut dijadikan undang-undang ala mi segera (instant mee) sebaik sahaj ianya diumumkan, cuba bayangkan apakah yang akan berlaku? Seluruh umat, bahkan negara akan menjadi huru-hara dibuatnya. Kenapa kita berkata demikian? Ini adalah kerana kebanyakan Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa agama negeri-negeri seringkali bercanggah dan bertentangan di antara satu sama lain.
Contoh yang ketara adalah seperti majlis-majlis agama di Selangor dan Pahang yang mengeluarkan Fatwa mengatakan pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) adalah "haram" manakala di negeri-negeri lain pula ada yang berbeza dan mengeluarkan Fatwa "harus" manakala ada yang langsung tidak mengendahkan isu pelaburan ASB dan ASN.
Dan jikalah Fatwa tersebut benar-benar dikuatkuasakan, maka umat-umat Islam yang menjadi pelabur ASB dan ASN akan melarikan diri ke negeri-negeri lain yang tidak mengeluarkan Fatwa yang sedemikian.
Satu lagi Fatwa yang dikeluarkan oleh majlis-majlis agama di Pulau Pinang dan Selangor yang mengumumkan bahawa merokok adalah "haram". Cuba bayangkan sekali lagi, apakah yang akan berlaku jika ianya dikuatkuasakan. Agak ramai juga umat Islam yang merokok, begitu juga dengan para pegawai di pejabat agama di kedua-dua negeri.
Semua bentuk Fatwa adalah dikeluarkan atas nama Islam. Begitu juga dengan tajuk-tajuk Fatwa yang sama tetapi berlainan, kerana ada yang "haram" dan ada yang "harus". Sesetengah negeri ada Fatwa yang "mengharamkan" sesuatu kegiatan atau perbuatan dan ada negeri-negeri yang mengeluarkan Fatwa yang "mengharuskan" sesuatu kegiatan atau perbuatan yang "haram" di negeri-negeri sebelumnya. Ada pula negeri-negeri yang langsung tidak mengeluarkan Fatwa mengenai kegiatan dan perbuatan yang dikatakan "haram" dan "harus" di beberapa buah negeri yang lain.
Begitu juga dengan keadaan individu, ada yang mematuhi dan adalah yang langsung tidak berminat untuk mematuhi bermacam-macam Fatwa yang dikeluarkan kerana ianya telah difahamkan bahawa Fatwa itu hanyalah pandangan dan nasihat dari segi keagamaan dan ianya juga boleh berbeza walaupun tajuknya adalah sama.
Di dalam banyak perkara yang berkaitan dengan dasar-dasar keagamaan, majlis-majlis dan jabatan-jabatan agama di semua negeri kebanyakan tidak selari di dalam perlaksanaan dasar dan kefahaman mereka di dalam Islam, malah ada yang bercanggah di antara satu sama lain.
Bersambung dengan kes pihak berkuasa agama sebuah negeri yang menghalang empat orang gadis beragama Islam daripada bertanding di dalam pertandingan ratu cantik peringkat kebangsaan, kami agak hairan kenapa keputusan pihak berkuasa agama negeri tersebut seringkali mengaitkan seksualiti sesuatu jantina secara negatif dengan menghadkan kelebihan dan cendikiawan wanita daripada membuktikan kebolehan mereka?
Jikalau benar pihak-pihak berkuasa agama ingin membuktikan niat baik mereka terhadap seluruh umat, kenapa tidak mengeluarkan Fatwa-fatwa yang boleh membangkit kesedaran sivik dan membimbing seperti "mengharamkan" kegiatan mat rempit yang semakin berleluasa? Begitu juga dengan gejala dadah yang sangat menular di kalangan muda mudi serta remaja di negara kita ini serta mereka-mereka yang suka menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar, tetapi sebaliknya memakai kopiah atau songkok untuk bermotosikal di sanan sini. Apa kata keluarkan Fatwa untuk juga "mengharamkan" politik perkauman dan diskriminasi dasar? Ini juga berlandaskan Islam.
Dan jika dikaji dengan lebih teliti di dalam surah-surah Al-Quran dan Hadis serta tulisan mengenai perundangan Syariah yang dikarang oleh sarjana dan cendikiawan Islam klasik yang terkemuka, tidak terdapat sebarang tajuk yang mengatakan perbezaan pendapat itu merupakan suatu penghinaan terhadap Islam, jika ianya berlaku di antara sesama umat dan di antara umat dengan pihak berkuasa agama.
Hakikatnya adalah, hanya mereka-mereka yang mempunyai kuasa dan kepentingan politik yang tertentu yang seringkali mereka cipta Fatwa-fatwa sedemikian bagi mengekalkan kuasa dan kedudukan mereka. Ketamakan ini jelas menyimpang daripada ajaran agama itu sendiri.