Bagaimana majlis agama nak melawan Perlembagaan Persekutuan?

Baru-baru ini, satu majlis agama dari sebuah negeri telah mendakwa bahawa undang-undang agama yang ada adalah lebih tinggi tarafnya daripada Perlembagaan Persekutuan dan segala enakmen agama yang diluluskan dan dijadikan undang-undang boleh mengabaikan hak asasi seseorang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dan sehingga pada hari ini, kerajaan pusat masih membisu dengan dakwaan majlis agama tersebut yang kini mendapat kritikan yang meluas daripada kalangan rakyat jelata.

Persoalannya adalah, kenapa majlis agama tersebut dibenarkan bermaharajalela dengan mencabar kesahihan Perlembagaan Persekutuan? Tindakan majlis agama yang begitu berani mencabar undang-undang yang tertinggi dalam negara ini menunjukkan sikap bongkak mereka sehinggakan sanggup menghina perlembagaan tersebut yang merupakan tunggak kepada pembentukan dan kedudukan negara kita pada hari ini.

Malah, Artikel 75 Perlembagaan Persekutuan turut menyebut jika sekiranya ada undang-undang negeri yang bercanggahan dengan undang-undang persekutuan ataupun Perlembagaan Persekutuan, maka undang-undang negeri yang bercanggah itu tidak boleh digunapakai lagi.

Ini bermakna, undang-undang negeri baik sivil mahupun agama tidak boleh digubal untuk menentang sebarang peruntukan yang tertera di dalam undang-undang ataupun Perlembagaan Persekutuan.

Kami ingin menasihatkan para pegawai majlis agama tersebut agar akur terhadap kedudukan dan kesahihan Perlembagaan Persekutuan dan tidak mencabar sewenang-wenangnya kedudukan undang-undang negara yang tertinggi tersebut.

Jika para pegawai majlis agama tersebut masih enggan berganjak, kami menasihatkan mereka agar berhijrah ke negara-negara lain yang dapat menerima fahaman dan desakan fanatik mereka yang melampaui batas.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork