Umno dan PAS takut hadapi cabaran politik dan ekonomi?
Apakah Umno dengan PAS sudah tidak lagi mempunyai sebarang keberanian untuk menghadapi cabaran dalam dunia politik dan ekonomi yang kini sedang diselubungi dengan kemajuan sains and teknologi yang begitu pesat?
Daripada membalas segala dakwaan yang kononnya tindakan mereka adalah tidak betul, kurang wajar, tidak masuk akal, tidak adil, tidak berperikemanusiaan, berat sebelah, enggan menerima hakikat, keengganan menerima kemajuan dan perubahan dan sebagainya, Umno dan PAS kini lebih suka menggunakan isu-isu agama dan perkauman sebagai senjata mereka untuk menghadapi pelbagai dugaan.
Hanya isu-isu agama dan perkauman sahaja yang dapat melindungi mereka daripada segala-gala kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak baik daripada parti-parti pembangkang mahupun daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang giat memperjuangkan hak asasi kemanusiaan dan hak wanita.
Umno, yang masih berkerajaan kini semakin buas dengan tindakannya mempergunakan segala undang-undang yang sedia ada untuk mengheret para pemimpin parti-parti pembangkang dan pengkritik kerajaan ke perbicaraan di mahkamah atas kesalahan menghasut dan cuba menghasut rakyat jelata kononnya.
Akta Hasutan digunakan secara meluas dan oleh kerana kecaman daripada masyarakat antarabangsa, maka Kanun Keseksaan (Penal Code) pula digunakan sewenang-wenangnya untuk terus menakut-nakut rakyat jelata agar kritikan dan kecaman terhadap kerajaan akan terhenti.
Dan baru-baru ini, seorang menteri pula cuba mengelirukan orang ramai dengan mengatakan bahawa kebebasan bersuara bukanlah hak mutlak seseorang. Ya, ia ada hadnya di dalam sesuatu hal, tetapi apabila undang-undang tersebut diperlakukan secara tidak adil terhadap orang ramai? Adakah menteri tersebut dapat menjawab?
Contohnya, apabila seorang pensyarah universiti cuba menggambarkan sesuatu perlakuan yang pernah berlarutan di dalam krisis perlembagaan di sebuah negeri melalui penulisannya, beliau ditahan dan didakwa di bawah Akta Hasutan, manakala seorang lagi penyokong kerajaan yang menyeru agar buku yang merujuk kepada satu agama dibakar dan dimusnahkan, penyokong kerajaan itu tidak pula didakwa di bawah Akta Hasutan, malah tindakannya digalakan pula oleh pihak kerajaan.
Ada banyak lagi insiden yang telah dan sedang berlaku yang menunjukkan pelbagai bentuk ketidakadilan di dalam mengadili perkara-perkara tersebut yang ramai sifatkan sebagai berat sebelah, menyebelahi kerajaan kononnya. Adakah benar, satu kaum dan agama yang punyai majoriti yang terbesar di negara ini dan menguasai sepenuhnya sektor-sektor yang berkuasa dengan Umno yang masih berkuasa di Putrajaya boleh diancam kepupusan dan keimanan terhadap agamanya boleh tergadai dengan begitu sahaja? Apakah maksud ini semua?
Selain daripada itu, insiden-insiden ini juga menunjukkan seolah-olah Umno sedang mengalihkan perhatian rakyat jelata daripada masalah negara yang sebenarnya.
Begitu juga dengan PAS yang kini asyik mengada-adakan sentimen agama dan perkauman baru-baru ini kerana terdapat pelbagai kelemahan yang timbul dalam parti tersebut.
Sedarlah wahai Umno dan PAS, masalah utama negara kita ini adalah masalah semua lapisan rakyat tidak mengira kaum ataupun agama. Masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam jentera kerajaan yang sedang berleluasa, skandal-skandal yang telah menyebabkan wang kerajaan berbilion-bilion Ringgit lesap dengan begitu sahaja, harga barangan semakin naik, pengenalan GST telah juga memeritkan lagi kehidupan harian rakyat jelata.
Pendapatan rakyat juga sedang mengecut, yang miskin menjadi miskin melarat, yang sederhana menjadi miskin, maka yang berada menjadi sederhana, manakala yang kaya raya kini sedang merasai kedudukan mereka terancam dengan ketidakstabilan. Pendek kata, semua golongan dapat merasai keperitan ekonomi dengan jelas sekali.
Sedarlah wahai Umno dan PAS, jangan menyangka rakyat jelata adalah bodoh dan tidak tahu membezakan apa yang benar dan apa yang palsu. Perbuatan Umno dan PAS ini jelas cuba mengelak daripada menghadapi hakikat yang sedang melanda negara kita ini.
Oleh mereka tidak mampu menyelesaikannya, maka dibangkitlah isu-isu agama dan perkauman serta tangkap menangkap para pengkritik agar rakyat jelata tidak bersatu, pecah belah, marah, benci membenci di antara satu sama lain, dan takut terhadap pemerintah.
Hentikanlah segala-gala perbuatan yang akan merosak dan menyesatkan lagi negara ini dan hadapi cabaran politik dan ekonomi tersebut dengan berani. Usah bersembunyi di sebalik agama dan perkauman lagi.