Siapa yang mengkafir itu maka dialah yang kafir
Baru-baru ini, mufti Perak mengatakan bahawa mereka-mereka yang beragama Islam membenarkan orang-orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah itu adalah orang-orang Islam yang telah kafir. Apakah hak sebenar mufti Perak itu untuk mengkafirkan seseorang? Adakah mufti tersebut itu mempunyai tauliah yang mencukupi untuk mengkafirkan orang ramai? Adakah mufti itu mendapatkan firman daripada Allah s.w.t. untuk mengkafirkan orang-orang yang tidak disukainya?
Apakah yang dimaksud mufti Perak itu yang mengatakan bahawa orang-orang Islam yang membenarkan mereka-mereka yang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah adalah kafir? Nampaknya mufti Perak itu seakan-akan pejam mata, berpura-pura tidak tahu ataupun sengaja membelakangkan fakta-fakta yang sebenarnya mengenai sejarah Islam dan negara-negara Arab.
Di negara-negara Arab daripada Libya, Iraq, Iran, Syria sehinggalah ke hujung benua Arab, ramai orang-orang Arab yang beragama Kristian, menggunakan kitab (bible) yang berbahasa Arab dan bebas melafazkan nama tuhan mereka dengan menggunakan bahasa Arab, iaitu Allah sepanjang hari, di negara India - para penganut agama Hindu turut menggunakan perkataan Allah di dalam upacara keagamaan mereka hampir setiap hari, malah di Indonesia - sebuah negara Islam yang terbesar di dunia turut membenarkan para penganut agama Kristian di negara tersebut menggunakan perkataan Allah di dalam kitab mereka.
Persoalan utama di sini, adakah mufti Perak tersebut turut melabelkan rakan-rakan seagamanya di negara-negara Arab dan Indonesia sebagai kafir kerana mereka semua ini turut membenarkan orang-orang Kristian di negara masing-masing menggunakan perkataan Allah? Di Sabah dan Sarawak, orang-orang Kristian di kedua-dua negeri Malaysia Timur turut dibenarkan menggunakan perkataan Allah di dalam kitab mereka, adakah ketua-ketua menteri Tan Sri Musa Aman dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu turut kafir?
Ini dengan jelas menunjukkan kata-kata mufti Perak itu sememangnya tidak masuk akal dan tak logik dari segi fakta atapun kenyataan sebenarnya. Kata-kata mufti tersebut juga menunjukkan seolah-olah beliau itu buta segala-galanya dari segi Islam dan sejarah Arab yang sebenar serta kewujudan bahasa Arab yang meluas di kalangan penganut Kristian di negara-negara Arab dan Afrika Utara sejak berkurun lamanya.
Katakanlah kalau mufti Perak itu membalas kenyataan ini dengan mengatakan bahawa apa yang beliau kafirkan itu hanya merujuk kepada apa yang berlaku di Malaysia, maka terbuktilah bahawa tujuan-tujuan mufti Perak itu hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata.
Sebagai seorang mufti, Harussani Zakaria telah membelakangkan hal-ehwal Islam, mencampur-adukkan Islam dengan politik, mencemarkan Islam di kalangan orang-orang Islam dan tunduk kepada politik ketuanan Umno. Bolehlah kita katakan itu kafir kerana beliau telah lari daripada ajaran sebenarnya seperti yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.
Usahlah asyik kafir mengkafir di sana sini. Biarlah Allah s.w.t., Tuhan dan takdir yang menentukan sama ada seseorang itu benar-benar berpegang kepada agama yang dianutinya atau sebaliknya.