Bakar Kitab Kristian, Perkasa Memang Nak Perang Saudara

Walau apajua penjelasan daripada presiden Perkasa itu, tujuan NGO ekstremis, lagi rasis itu adalah amat jelas, merbahaya dan bertujuan untuk menghuru-harakan negara kita ini. Adakah dengan membakar kitab suci agama Kristian itu merupakan satu perkara yang murni buat Islam? Adakah Islam yang mengajar agar kitab-kitab suci agama lain perlulah dimusnahkan bagi menggembangkan ajaran Islam kepada orang ramai?

Sebenarnya, Islam langsung tidak mengatakan perkara tersebut ataupun mengajar seluruh umatnya agar berbuat demikian (membakar kitab-kitab suci agama lain). Sesiapa yang menyeru agar kitab-kitab suci agama lain di khalayak ramai itu semuanya adalah bukan Islam yang sebenarnya tetapi mereka-mereka ini adalah merupakan dari kalangan golongan munafiq yang tidak mempunyai agama ataupun etika kemanusiaan.

Mereka yang menyeru agar kitab-kitab suci agama lain dibakar itu sebenarnya lebih menyerupai syaitan ataupun iblis. Mereka ini hanya mempergunakan Islam bagi tujuan dan kepentingan diri mereka dan politik mereka sendiri.

Untuk itu, golongan yang menggelar diri mereka Perkasa ini sebenarnya tidak beragama dan hanya mempergunakan Islam bagi mencapai segala-gala martabat dan tujuan-tujuan mereka yang keji dan merbahaya itu, seterusnya sanggup memecah belahkan serta menggelirukan kalangan umat Islam itu sendiri dan masyarakat-masyarakat lain di sekeliling.

Jadi apa yang kita dapat hasil daripada perbuatan Perkasa itu? Orang ramai akan lebih membenci dan menaruh syak-wasangka terhadap Islam, orang ramai akan pecah belah, masyarakat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini akan saling bermusuhan di antara satu sama lain, perang saudara berkemungkinan akan berlaku dan begitu juga dengan dendam, pembunuhan dan kematian. Itulah yang Perkasa inginkan di dalam negara kita ini agar NGO ektremis dan rasis itu akan dapat mengambil kesempatan akibat daripada keadaan huru-hara dalam negara kita ini.

Untuk itu, apakah tindakan pihak polis dan pejabat peguan negara? Kata mereka isu Perkasa itu tidak penting, kalau tidak ada laporan polis, tak perlu bertindak lagi. Tetapi beberapa laporan polis telahpun dibuat, namun pihak berkuasa masih berdiam diri, alasan yang mereka berikan, "sedang dalam penyiasatan", sedang mengambil kenyataan daripada pengadu dan sebagainya.

Bukti telahpun berada di hadapan pihak berkuasa, melalui laporan-laporan akhbar dan portal-portal berita online. Malah presiden Perkasa itu sendiri juga telah mengakui bahawa beliau berhasrat untuk membakar kitab-kitab suci agama Kristian tidak lama lagi. Kenapa pihak polis tidak terus menahan si pemimpin Perkasa itu bagi mencegah kejadian yang tidak diingini itu daripada berlaku? Kerana Perkasa itu pro-Umno dan pro-BN, sebab itu pihak polis tidak berani bertindak terhadapnya?

Perkasa ingin membakar kitab-kitab suci agama Kristian bagi mendapatkan reaksi ataupun tindakbalas daripada pihak yang satu lagi agar ada pihak yang akan membalas dengan membakar Quran. Itulah yang Perkasa inginkan dan jika sekiranya ia benar-benar berlaku, maka Perkasa akan mengambil kesempatan dengan mendakwa diri mereka "pejuang dan pembela" yang mempertahankan Islam kononnya (tetapi sebenarnya Perkasalah yang menyala batu api disebaliknya).

Oleh itu, kami sememangnya berharap para penganut-penganut agama Kristian dalam negara ini bersabar dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan. Biarlah kita semua lebih berfikiran rasional dan bertamadun daripada memperlakukan diri kita seperti syaitan-syaitan dan iblis Perkasa itu. Biarlah kita membalas tindakan mereka itu melalui undi-undi kita pada pilihanraya umum yang akan datang.

Bersabarlah demi keharmonian dan perpaduan dalam negara kita ini. Apabila ditukar kepada kerajaan baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti, barulah kita lihat mereka-mereka yang ekstrem dan rasis ini ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan dengan sewajarnya.

Bersabarlah!

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork