Pengakuan Bekas Pengarah JPN, bukti Umno terlibat dalam Projek IC Sabah

Pengakuan terbuka yang dibuat oleh bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ramli Kamarudin yang mendakwa timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu, Datuk Megat Junid Megat Ayub telah mengarahkan beliau untuk mengeluarkan resit JPN bagi membolehkan para pendatang asing tanpa izin Indonesia mengundi di dalam pilihanraya negeri Sabah pada tahun 1994 telah membuktikan bahawa Umno sememangnya terlibat dalam Projek IC bagi mengekalkan penguasaan BN dan Umno terhadap negeri tersebut.

Ramli membuat pengakuan tersebut di dalam satu siri siasatan yang di kelolakan oleh Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah. Menurut Ramli lagi, selain daripada pertemuan beliau dengan Megat Junid bagi menerima arahan tersebut, turut berada di pertemuan tersebut adalah Datuk Seri Osu Sukam (yang kemudiannya menjadi ketua menteri Sabah), serta seorang lagi pegawai kanan JPN yang bernama Asli Sidup. Pertemuan tersebut diadakan di Hyatt Hotel, dua minggu sebelum pilihanraya negeri Sabah (1994) diadakan.

Selepas itu, Ramli pula ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada tahun 1995 hinggalah ke tahun 1997 bagi mengelakkan beliau daripada membongkar rahsia tersebut dan sebagai tanda amaran agar keluarganya juga tidak berbuat demikian.

Persoalannya adalah, siapakah yang sebenarnya telah mengarahkan Megat Junid ke Sabah pada waktu itu untuk melaksanakan perbuatan-perbuatan yang keji itu? Soalan itu tidak dapat dijawab kerana Megat Junid telahpun meninggal dunia secara misteri. Yang kita tahu adalah perdana menteri dan presiden Umno pada masa itu adalah Tun Dr Mahathir Mohammad.

Kalaulah RCI mengambil keptusan untuk memanggil Tun Dr Mahathir untuk memberi keterangan terhadap kes tersebut, sudah tentunya beliau akan menafikannya kerana orang kanannya telahpun meninggal dunia selepas itu. Apa lagi bukti dokumentasi yang Ramli ada? Semuanya telah dimusnahkan oleh JPN bagi mengelakkan perkara ini daripada terbongkar.

Yang kita perlu ingat pada hari ini adalah Umno, demi untuk mempertahankan kedudukan dan kuasanya di mana-mana sahaja sanggup melakukan apa sahaja walaupun perbuatan itu keji, menderhaka, mengkhianati bangsa dan negara.

Dan kami sememangnya berhadap agar rakyat Sabah sedar apa yang telah dan sedang berlaku di dalam negeri tanah tumpah darah mereka. Dahulunya masyarakat Kadazan Dusun Murut adalah merupakan kaum bumiputra majoriti di negeri tersebut, tetapi sekarang orang-orang Indonesia dan kaum Moro dari Filipina pula yang telah menjadi penduduk yang paling ramai di negeri tersebut.

Sedarlah rakyat negeri Sabah, keluarlah daripada bawah tempurung Umno itu dengan segera sebelum seluruh negeri Sabah hanyut ditelan arus penderhakaan.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork