SPR perlu sedar kenapa pelawaannya ditolak

Baru-baru ini, sudah terdapat tiga NGO atau institusi yang telah menolak mentah-mentah pelawaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi tujuan memantau pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Mereka-mereka yang telah menolak pelawaan tersebut adalah Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Institut Kebangsaan untuk Demokrasi dan Integriti Pilihanraya (NIEI) dan Transparency International - Malaysia (TI-M). Dan pengerusi SPR serta timbalannya asyik tertanya-tanya pada diri mereka kenapa pelawaan yang dibuat oleh mereka itu ditolak mentah-mentah.

Tak tahukah pihak SPR sebab-sebab penolakan oleh Proham, NIEI dan TI-M? Ataupun SPR telahpun mengambil keputusan untuk berpura-pura tidak tahu mengenai sebab-sebab penolakan pelawaan tersebut?

Kalau SPR masih benar-benar masih tidak sedar lagi kenapa pelawaannya ditolak oleh Proham, NIEI dan TI-M, marilah kita memperingatkan SPR mengenai beberapa perkara dan masalah yang sehingga pada hari ini masih belum diselesaikan dengan sepenuhnya.

Perkara pokok adalah pembaharuan pilihanraya. Semua orang pun dah tahu mengenai pelbagai permasalahan yang telah dan sedang timbul di dalam sistem pengurusan dan proses pilihanraya yang diuruskan oleh SPR itu. Perhimpunan-perhimpunan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 telahpun diadakan bagi memperingatkan SPR mengenai perlunya pembaharuan di dalam sistem pilihanraya di dalam negara ini, namun, SPR masih enggan berganjak dan sebaliknya memilih untuk tidak menghiraukan seruan dan tuntutan rakyat jelata.

Di antaranya, senarai daftar pemilih yang tidak bersih dan gagal dikemaskini, timbulnya ramai pengundi-pengundi hantu di dalam senarai daftar pemilih, kegiatan pemindahan nama-nama pengundi daripada satu kawasan ke satu kawasan tanpa pengetahuan para pengundi itu sendiri, kewujudan nama-nama palsu, mereka-mereka yang telah meninggal dunia di dalam senarai daftar pemilih, nama-nama pengundi yang dipenduakan di dua atau tiga kawasan yang berlainan dan macam-macam lagi masalah dan persoalan yang masih belum terjawab.

Yang lebih membimbangkan lagi orang ramai adalah pengerusi dan timbalan pengerusi serta beberapa orang pegawai tinggi SPR juga didapati telah menjadi ahli-ahli Umno sejak dari dahulu lagi.

Jadi adakah PRU13 ini akan benar-benar bersih, adil dan cekap, masih menjadi tanda tanya di kalangan rakyat jelata. Apakah keberkesanan NGO-NGO atau institusi-institusi yang dijemput untuk memantau PRU13 yang akan datang jika sekiranya pembaharuan di dalam sistem dan pengurusan pilihanraya itu gagal dilaksanakan dengan sepenuhnya?

Yang kita semua tahu adalah  NGO-NGO atau institusi-institusi yang dijemput itu akan hanya diperalat atau digunakan sebagai boneka oleh pihak SPR bagi menutup segala elemen-elemen negatif yang ada.

Oleh itu, adalah wajar Proham, NIEI dan TI-M menolak terus pelawaan SPR tersebut kerana ianya langsung tidak akan membawa sebarang makna.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork