Ugutan perkauman dan agama terhadap pengundi kian buruk
“Undilah PAS dan syurga untukmu terjamin; Undilah Umno, engkau Melayu tulen; Tanpa Umno, bangsa Melayu akan hilang dari bumi ini; Undilah PAS, engkau pertahankan Islam; Undilah DAP, engkau khianati bangsa Melayu; Undilah DAP, engkaulah kafir harbi; Undilah DAP, engkau bukan lagi Melayu; Undilah PKR, keMelayuan engkau berkurangan”.
Begitulah pelbagai jenis sebutan, cacian dan pujian yang sering diketengahkan di kalangan masyarakat oleh sesetengah parti-parti politik yang mendakwa diri mereka kononnya jaguh ketuanan bangsa dan agama.
Ugutan sedemikian, boleh juga dikatakan sebagai suatu ancaman, terhadap para pengundi telah menjadi sebahagian daripada taktik atau helah di kalangan parti-parti politik yang berlandaskan perkauman dan agama, para pemimpin mereka serta penyokong-penyokong parti-parti tersebut bagi meraih sokongan dan undian.
Apakah kesemua parti-parti politik perkauman dan agama ini sudah ketandusan modal dan perancangan-perancangan yang praktikal dan dasar-dasar baru untuk rakyat jelata dan negara kita sehinggakan terpaksa beralih kepada isu-isu perkauman dan agama bagi membangkitkan kemarahan, kebencian dan syak-wasangka semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan undian? Perbuatan tersebut jelas adalah suatu bentuk ugutan.
Sewaktu pilihanraya umum yang lalu, banyak kejadian dan bukti yang jelas menunjukkan adanya tekanan dalam bentuk ugutan dikenakan terhadap masyarakat khususnya para pengundi di kawasan luar bandar agar perlunya mereka mengundi mengikut aliran kaum dan agama bagi membuktikan “ketulenan” bangsa dan “keimanan” mereka terhadap agama, pada masa yang sama dapat “menempa tempat” di syurga di suatu hari nanti.
Kegagalan para pengundi memilih berdasarkan aliran kaum dan agama seperti yang didesak akan mengakibatkan kedudukan “bangsa” mereka dan “keimanan” terhadap agama dipersoal dan diragui, kononnya perbuatan mereka itu bertentangan dengan bangsa dan agama akan menyebabkan mereka masuk ke alam “neraka”.
Para pengundi, khususnya daripada kalangan masyarakat luar bandar yang kebanyakan terlalu sensitif terhadap kedudukan kaum dan agama mereka akan mudah terpengaruh dengan taksub yang dibawa oleh parti-parti politik perkauman dan agama.
Integriti pilihanraya tercemar
Ugutan perkauman dan agama terhadap mereka yang kebanyakan menetap di kawasan luar bandar telah mengakibatkan para pengundi sering menjadi keliru dengan memikirkan seolah-olah parti politik pilihan mereka adalah terhad, malah ada juga yang tidak tahu parti manakah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka sewaktu mengundi.
Ini menunjukkan integriti pilihanraya kian tercemar dengan adanya parti-parti politik perkauman dan agama yang giat melakukan ugutan sedemikian terhadap para pengundi memandangkan tidak ada sebarang undang-undang yang mengharamkan penggunaan isu kaum dan agama di dalam politik dan pilihanraya umum.
Malah para pengundi yang didapati atau disyaki menyokong parti-parti pembangkang akan dikecam, dicap dan disumpah kerana “mengkhianati” kaum dan agama mereka sendiri.
Berdasarkan keadaan politik pada hari ini, Umno dilihat semakin bertumpu kepada isu-isu perkauman dan agama secara ekstrim, manakala PAS pula semakin mempermainkan undang-undang Syariah dalam politiknya dan kini sedang menaja Hudud buatan parti tersebut bagi “memperkukuhkan” sistem perundangan Islam yang sedia ada, kononnya.
Rakyat jelata perlu memahami dan menyedari bahawa di dalam politik dan pilihanraya umum, idea-idea praktikal, kajian dan penyelesaian isu-isu semasa dan pembuatan dasar seharusnya diutamakan di dalam penentuan halatuju sesebuah negara daripada asyik terbawa-bawa dengan sentimen perkauman dan agama yang sering dipermainkan oleh kedua-dua Umno dan PAS.
Parti-parti politik yang berlandaskan perkauman dan agama pada hari ini boleh dilihat sebagai kumpulan politik yang sudah ketinggalan zaman dan jika sekiranya mereka dibenarkan untuk terus berkuasa dan berpengaruh, adalah dibimbangi perbuatan mereka akan mengabikatkan negara kita terjerumus ke dalam kancah yang tidak menentu, kestabilan ekonomi akan tergugat dan perpaduan di kalangan masyarakat akan terancam, seterusnya menghalang pembangunan dan kemajuan daripada terus dikecapi.
Tumpu pada isu-isu sebenar
Masalah yang paling besar dan sedang melanda negara kita ini adalah amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan di dalam pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) yang menyebabkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit pada setiap tahun, ditambah pula dengan kenaikan kadar inflasi, kadar pengangguran yang semakin serius, keadaan ekonomi yang tidak stabil di mana rakyat jelata terus hidup di dalam serba kekurangan kerana pendapatan isi rumah yang tidak stabil.
Yang paling buruk dapat kita saksikan pada hari ini adalah para pelabur asing dan tempatan mula meninggalkan negara kita berikutan integriti negara ini di mata masyarakat antarabangsa semakin dipersoal oleh kerana integriti pemimpin negara kita sendiri turut diragui.
Selain daripada itu, matawang ringgit juga semakin menurun nilainya dan kini berada di paras yang paling rendah dalam sejarah.
Krisis yang sedang melanda negara kita pada hari ini bukannya kerana satu kaum ataupun agama yang sedang diancam kedudukannya seperti yang didakwa oleh sesetengah parti politik. Krisis yang sedang dihadapi pada hari ini adalah disebabkan oleh para pemimpin negara dan pegawai-pegawai kerajaan yang telah banyak menyalahguna kuasa mereka, mengamalkan rasuah secara terbuka dan amalan kronisme yang berleluasa di kalangan parti-parti komponen BN.
Semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum ataupun agama sedang menghadapi tekanan ekonomi dan sosial kerana pemimpin yang ada pada hari ini sedang menjerumus negara kita ke arah kebankrapan.
Dan kini para pemimpin BN ini cuba menutup ataupun merahsiakan segala salahlaku mereka dengan mengketengahkan isu-isu perkauman dan agama bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap perbuatan keji mereka sambil menyalahkan para pengkritik dan parti-parti pembangkang di atas ketidakstabilan yang sedang berlaku di negara kita pada hari ini.
Persoalannya adalah, adakah rakyat jelata pada keseluruhannya sempat menyedari hakikat yang sebenarnya yang sedang melanda negara kita sebelum ianya terlambat dan tidak dapat diselamatkan lagi?
Parti-parti politik perkauman dan agama tersebut seharusnya menghentikan cara berpolitik mereka yang keji tersebut, yang sering memperolok-olokkan kaum, agama dan Tuhan, sebaliknya membuktikan kebolehan mereka di muka bumi ini secara praktikal dan membuahkan perancangan yang lebih berakhlak dan mulia.
Mereka seharusnya menghadapi kenyataan secara menyeluruh dan tidak asyik bersembunyi di sebalik isu-isu perkauman dan agama.