Ekonomi Meleset Dan Kenaikan Inflasi, Kenapa Isu Perkauman Dan Agama Sering Dijadikan Alasan?
Kita semua telahpun menyedari hakikat bahawa ekonomi negara kita sedang di ambang kemelesetan, kadar inflasi semakin meningkat. Rakyat telah mula merasai bahang kedua-dua hakikat tersebut. Begitu juga dengan syarikat-syarikat kewangan, pembuatan dan perniagaan. Walaupun besar, tetapi badan-badan korporat ini akan juga tetap merasai akibat kenaikan kos-kos operasi dan bahan-bahan mentah.
Dan di tengah-tengah negara dan rakyat kita sedang merasai bahang-bahang akibat daripada kemelesetan ekonomi dan inflasi, timbul pula beberapa kumpulan ektremis agama dan perkauman yang pro-Umno sedang mencuba sedaya upaya mereka untuk mengalihkan perhatian rakyat jelata daripada perkara yang sebenar (itulah hakikat).
Sebaliknya, kumpulan-kumpulan ektremis agama dan perkauman ini terus menyalah pihak-pihak luar di atas kemelesetan ekonomi dan kenaikan kadar inflasi dalam negara kita ini dengan mengatakan bahawa rakyat jelata telah banyak mengamalkan budaya dan cara hidup ala-yahudi (jewish lifestyle) serta mengabaikan amalan dan kaedah agama Islam.
Kata kumpulan-kumpulan ektremis dan perkauman tersebut lagi, ramai di antara kita telah jinak dengan budaya, perayaan, perbelanjaan, sambutan serta gaya yang menyimpang daripada ajaran Islam, sebaliknya lebih kepada menyanjung cara-cara yang sedang digunapakai oleh orang-orang yahudi.
Apakah yang sedang dimaksudkan oleh kumpulan-kumpulan ekstremis dan perkauman ini? Tidak masuk akal langsung. Kenapa pula mereka mencampur-aduk segala kepercayaan yang karut yang tidak ada sebarang kaitan langsung dengan Islam bagi menakut-nakutkan umatnya sendiri? Kenapa pula asyik menyalahkan orang atau pihak lain mengenai segala kelemahan yang sedang dialami oleh negara kita ini.
Sekali lagi kita ingin ketengahkan, kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) selama lebih daripada 56 tahun ini telah banyak dicemari dengan amalan rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan dan penipuan, akibat daripada itu, hutang negara menjadi semakin melonjak dengan defisit belanjawan yang sudah hilang kawalan. Apa yang kerajaan BN buat? Cetak lebih banyak wang untuk menutup defisit belanjawannya, tetapi perbuatan tersebut juga telah menyebabkan nilai matawang Ringgit semakin tidak stabil dan ditolak oleh masyarakat antarabangsa.
Jikalau di zaman Mahathir Mohamad, kemelesetan ekonomi tahun 1990an itu dipersalahkan terhadap George Soros, tetapi jika kita lihat pada hari ini, bekas perdana menteri kita ini telahpun berkawan rapat dengan pakar spekulasi matawang antarabangsa itu dan kerap berhubungan di antara satu sama lain.
Dan pada kali ini pula cuba dipersalahkan terhadap kebudayaan dan cara hidup ala-yahudi pula? Adakah budaya dan cara hidup ala-yahudi ini benar-benar wujud dalam negara kita seperti yang didakwa oleh kumpulan-kumpulan ekstremis dan perkauman yang pro-Umno tersebut?
Hakikatnya adalah itu semua cuma angan-angan kosong yang cuba dipermain-mainkan oleh kumpulan-kumpulan tersebut yang cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada segala bentuk amalan rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan dan penipuan yang sedang berlaku di dalam kerajaan BN. Oleh kerana para pemimpin Umno dan BN tidak dapat berbuat sesuatu untuk menangani masalah tersebut, maka dipersubkontrakkan kerja-kerja tersebut kepada kumpulan-kumpulan ekstremis dan perkauman tersebut untuk melakukan segala tindakan bagi pihak parti pemerintah.
Hakikatnya adalah siapakah yang sebenarnya mengamalkan budaya dan cara hidup ala-yahudi, rakyat jelata amat jelas. Kita tengoklah hampir kesemua ahli-ahli keluarga para pemimpin dan menteri-menteri kabinet Umno, bagaimana anak-anak, isteri-isteri dan saudara mara mereka berbelanja secara memboros tidak terkawal, menyalahgunakan kemudahan kerajaan, peruntukan kerajaan dan wang rakyat, cara dan gaya hidup mereka yang mendekati wanita-wanita muda barat, pelacuran, minuman keras, pengambilan pil khayal yang bermutu tinggi, dan berbagai-bagai kegiatan "enjoy" yang mereka nikmati selama ini.
Kita tanya kembali kumpulan-kumpulan ektremis dan perkauman ini, jika sekiranya mereka ini benar-benar memperjuangkan hak-hak orang-orang Melayu dan mempertahankan agama Islam seperti yang didakwa, kenapa pula mereka tidak mensasarkan perjuangan mereka ini terhadap segala kesalahan-kesalahan dan gaya hidup menyimpang yang diamalkan oleh ahli-ahli keluarga golongan elit Umno tersebut?
Begitu juga dengan isu-isu berkaitan dengan agama yang jelas, apabla pengganas Al-Qaeda memasukkan bahan letupan di dalam sebuah kitab Al-Quran dan meletupkannya di sebuah perkarangan masjid di Afghanistan yang mengakibatkan beratus-ratus umat Islam terkorban akibat daripada kejadian tersebut, tidak dilihat walau sebayang pun kumpulan-kumpulan ekstremis dan perkauman pro-Umno ini keluar untuk membantah tindakan ganas Al-Qaeda tersebut terhadap umat-umat Islam.
Ini jelas hipokrasi dan kepura-puraan golongan tersebut yang hanya menerima upah untuk melaksanakan sega tindakan mereka yang bertentangan dengan aspirasi rakyat jelata dan negara pada keseluruhannya.
Tujuan dan arah tuju kumpulan-kumpulan ekstremis dan perkauman yang ditaja oleh Umno itu adalah jelas. Kewujudan mereka ini semua bukannya untuk memperjuangkan hak-hak masyarakat Melayu dan agama Islam yang sebenarnya tetapi lebih kepada kepentingan politik bagi mempertahankan kedudukan para pemimpin dan golongan elit Umno yang masih berkuasa agar mereka akan dapat terus berkuasa. Tujuan kumpulan-kumpulan tersebut adalah juga untuk mengelirukan keadaan dengan menyalahgunakan agama dan akidah agar mereka-mereka yang kurang faham dengan keadaan semasa dapat dipergunakan dengan sewenang-wenangnya.