Akhbar The Heat Digantung. Demokrasi Semakin Tergantung
Akhbar mingguan The Heat hari ini telah digantung penerbitannya oleh kementerian dalam negeri (KDN) atas kesalahan menerbitkan satu laporan dan kebenaran mengenai perbelanjaan yang boros oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk kepentingan peribadi isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.
Dengan penggantungan akhbar The Heat baru-baru ini, keadaan tersebut telah jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN kini sedang menggerakkan usahanya untuk mengawal akhbar-akhbar bebas daripada berkembang, menghalang laporan-laporan serta berita bebas dan adil daripada sampai ke pengetahuan ataupun tatapan umum.
Setelah The Heat digantung penerbitan dan penjualannya, akhbar manakah yang bakal menjadi mangsa. Sebelum ini, Malaysiakini.com pernah mengemukakan permohonannya untuk menerbit akhbar mingguannya sendiri tetapi permohonannya ditolak mentah-mentah oleh KDN tanpa sebarang sebab.
Lantas daripada itu, Malaysiakini.com terus membawa ketidakadilan tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan dan setelah mahkamah memerintahkan KDN agar menerima semula permohonan yang dibuat oleh Malaysiakini.com, sehingga ke hari ini KDN masih gagal mematuhi perintah mahkamah tersebut.
Nampaknya kerajaan BN kini sudah berani menghina keputusan mahkamah. Memang BN sudah menjadi begitu. Jika sudah tidak lagi menghormati amalan demokrasi, apatah lagi perintah mahkamah? Tak lama lagi, lebih banyak lagi institusi-institusi bebas yang berlandaskan hak asasi kemanusiaan, hak sivil dan pejuang pilihanraya bebas bakal menjadi mangsa kekejaman kerajaan BN.
Nampaknya kerajaan BN sudah tidak dapat bertahan lagi, semakin hari semakin takut akan pendedahan demi pendedahan kepada umum mengenai kegiatan-kegiatan tidak bermoral dalam kerajaan, seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, perbenlanjaan kerajaan yang tidak terkawal yang jelas telah mengakibatkan kerajaan kerugian berbilion-bilion Ringgit.
Kini, hampir pada setiap tahun, kerajaan BN asyik membentangkan belanjawannya yang telah mencapai kadar defisit yang begitu tinggi sekali. Dan apabila kerajaan BN tidak dapat lagi menampung kos-kos perbelanjaan yang begitu tinggi, mereka mula menarik balik subsidi-subsidi rakyat satu demi satu, menaikkan harga barangan keperluan harian. Tidak lama lagi kadar tol lebuhraya akan turut naik selepas pengumuman kenaikan kadar tarif elektrik.
Inflasi dalam negara kita ini sudah tidak terkawal lagi, begitu juga dengan matawang Ringgit yang kini boleh dikatakan sudah tidak lagi bernilai. Matawang Ringgit kini sudah hampir seperti keadaan matawang pokok pisang (yang dicetak oleh tentera Jepun sewaktu penaklukkannya ke atas Malaya).
Siapa yang bersalah di dalam hal tersebut, kami pasti rakyat akan dapat menilai kebenaran yang cuba diketengahkan oleh akhbar The Heat. Yang bersalah akan cuba menutup atau merahsiakan perbuatan mereka. Yang bersalah akan juga rasa bersalah dan menjadi takut jika sekiranya kesalahan mereka didedahkan untuk tatapan umum. Yang bersalah itu akan juga takut orang ramai akan mula menilai kedudukan mereka.
Menggantung penerbitan The Heat tidak bermakna kebenaran akan disekat. Kerajaan BN perlu sedar bahawa masih ada media-media online yang bebas. Kami mencabar kerajaan BN jika mereka berani, sekatlah sama sekali penyaluran maklumat dan berita-berita melalui internet. Haramkan semua akhbar-akhbar yang kritikal, haramkan semua bentuk pertubuhan-pertubuhan (NGO) hak sivil, hak asasi kemanusiaan dan sebagainya.
Dan setelah kediktatoran kerajaan BN menjadi begitu menonjol, pelaburan asing ke dalam negara ini akan mula berhijrah ke negara lain. Selepas itu negara kita, rakyat jelata akan menjadi mundur, miskin dengan sebuah kerajaan yang bankrap. Lantas daripada itu, Malaysia akan mengorak langkah ke arah sebuah lagi negara yang bergelar pariah.
Beginilah perbuatan penderhaka sebenarnya terhadap negara kita.