Bertapa Hinanya MCA Dibuat Najib
Sewaktu perasmian perhimpunan agung tahunan MCA pada minggu yang lalu, presiden Umno selaku pengerusi BN, Najib Razak di dalam ucapan perasmiannya memberitahu para perwakilan MCA dan wartawan bahawa parti tersebut memerlukan "Viagra Politik" untuk bangkit semula ke zaman kegemilangannya.
Maksud Najib mengenai "Viagra Politik" mungkin adalah satu niat Najib untuk mensasarkan peringatan terrsebut dengan menggunakan bekas presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang telah memilih untuk tidak mempertahankan jawatannya di dalam pemilihan parti, sebagai contoh.
Dr Chua sebelum ini pernah terlibat di dalam skandal seks yang menyebabkan beliau terpaksa meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan. Beliau kemudiannya dipilih sebagai presiden parti di dalam permilihan parti yang sengit setelah mengalahkan penyandangnya pada masa itu, Datuk Ong Tee Keat.
Tengoklah, bertapa hinanya MCA dibuat Najib di dalam ucapan tersebut. Bagaikan keseluruhan warga MCA adalah alat nafsu seks dan terlibat di dalam kegiatan kegiatan seksual secara terbuka. Namun demikian, adalah jelas bahawa para pemimpin MCA termasuk presiden MCA yang baru, Datuk Liow Ting Lai terpaksa menerima penghinaan secara gurauan tersebut oleh kerana kelemahan MCA yang sangat ketara itu adalah merupakan satu kebenaran yang memang tidak dapat dinafikan walaupun ahli-ahli MCA sendiri.
Namun demikian, timbalan presiden MCA yang baru Datuk Wee Ka Siong secara terbuka tidak bersetuju dengan pendapat "Viagra Politik" yang diketengahkan oleh Najib itu, sebaliknya mencadangkan agar 100Plus adala lebih sesuai bagi istilah usaha pembaharuan dalam MCA.
Barisan kepimpinan MCA yang baru, nampaknya sama sahaja, kedua-dua puak yang utama masih mempunyai keseimbangan kuasa yang boleh menggugat lawan masing-masing apabila tibanya masa ataupun bila satu tidak berpuashati dengan dasar yang dilaksanakan oleh puak yang satu lagi.
Pertelingkahan di antara puak di dalam MCA dijangka berterusan. Walaupun MCA kini mempunyai barisan kepimpinan baru, namum, majoriti barisan kepimpinan baru tersebut terdiri daripada muka-muka lama yang telahpun berada di arena politik parti sejak dari 2008 lagi.
Di dalam pemilihan parti pada minggu yang lalu, adalah juga jelas bahawa Pergerakan Pembaharuan (New Movement) yang muncul ketika MCA diambang perpecahan dan pertelingkahan gagal sama sekali di dalam usahanya untuk meraih sokongan daripada perwakilannya.
Malah calon naib presiden daripada pergerakan tersebut, Dr Leong Yong Kong kalah teruk di dalam saingan untuk empat jawatan naib presiden. Setelah kalah di dalam pertandingan tersebut, apa gunanya Dr Leong digantikan pula dengann tawaran jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah yang dibuat oleh Umno? Tak ada gunanya.
Dengan terpilihnya barisan kepimpinan baru MCA, adakah para pemimpin parti yang baru (tetapi masih muka-muka lama) dapat berubah daripada kedudukan pasif sebelum ini kepada kedudukan yang lebih agresif dan vokal di dalam mempertahankan isu-isu yang melibatkan masyarakat Cina dan Malaysia pada keseluruhannya? Adakah para pemimpin Umno akan lebih menghormati para pemimpin MCA?
Adakah MCA masih dapat menjadi penentu utama dasar-dasar kerajaan dan negara secara efektif selaku parti komponen "kedua terbesar" di dalam gabungan BN, dengan parti tersebut terus menjauhkan diri mereka daripada sebarang jawatan di dalam kerajaan pusat?
Yang akhirnya, para pemimpin MCA sememangnya berpengalaman, tetapi lebih berpengalaman berpolitik serta bertelingkah sesama puak, oleh itu, dapatkah mereka menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap kebajikan dan isu-isu kemasyarakatan yang memerlukan pembelaan mereka?
Apakah kedudukan sebenarnya MCA di dalam BN sekarang?