Dapatkah BN Berubah?
Setakat pada hari ini hampir kesemua parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) telahpun mengadakan pemilihan parti masing-masing dan kebanyakan daripada parti-parti komponen BN ini sama ada telah mengekalkan pemimpin parti mereka, memilih pemimpin parti yang baru ataupun hanya mempunyai muka-muka baru di barisan kepimpinan parti masing-masing.
Persoalan di sini adalah, dapatkah BN dan para pemimpin parti-parti komponennya yang "baru" itu mengorak langkah ke arah perubahan yang sebenar-benarnya?
Kita tengoklah dari sudut Umno itu terlebih dahulu. Sebabnya adalah kerana Umno dianggap sebagai "tunggak" utama di dalam BN. Di dalam kepimpinan Umno dan pemilihan parti tersebut, presiden dan timbalan presiden jelas kekal di kedudukan masing-masing dengan selamat. Sedikit perubahan sahaja di barisan naib-naib presiden Umno, manakala ahli-ahli majlis tertinggi parti yang terpilih adalah terdiri daripada golongan konservatif, manakala golongan moderat dan pembaharuan hanya segelintir sahaja di dalam kepimpinan pusat parti tersebut. Ini bermakna, muka-muka lama masih menguasai Umno dengan jayanya.
Di dalam MIC pula, parti komponen BN yang "mewakili" masyarakat India, presiden parti Datuk G.Palanivel kekal dalam jawatannya oleh kerana satu perjanjian sulit di antara beliau dengan timbalan presiden parti Datuk Dr S.Subramaniam. Manakala jawatan naib-naib presiden dipertandingkan dan dimenangi oleh beberapa "muka-muka baru" yang jelas adalah sekutu-sekutu kuat presiden MIC itu. Hanya segelintir sahaja tokoh-tokoh muda yang berjaya memenangi beberapa kedudukan di dalam jawatankuasa pusat MIC. Dengan presiden MIC yang ada sekarang, yang berasal daripada golongan konservatif zaman kepimpinan Samy Vellu, adakah parti tersebut dapat berubah dengan berkesan?
Begitu juga dengan Gerakan, bekas presiden parti Dr Koh Tsu Koon telahpun berundur dan kini yang dipilih ke jawatan presiden parti itu adalah bekas setiausaha-agong parti Datuk Mah Siew Keong manakala timbalan presiden yang baru disandang Dr Cheah Soon Hai. Dari sini juga kita dapat lihat dengan jelas kepimpinan Gerakan yang "baru" ini adalah berasal daripada golongan konservatif yang lepas.
Manakala di pihak MCA pula, presiden MCA yang "baru" Datuk Liow Tiong Lai mendakwa kepimpinan "baru" partinya akan "berubah" dengan lebih efektif untuk menraih semula sokongan daripada masyarakat Cina. Yang kita dapat lihat sekarang adalah barisan kepimpinan MCA terkini adalah dikuasai oleh dua puak utama yang sering bertelingkah di antara satu sama lain. Seperti yang dijangka, kesemua ahli-ahli jawatankuasa pusat MCA adalah terdiri daripada muka-muka yang sudah pun pernah dilihat sejak daripada tahun 2000 lagi.
Sama juga dengan PPP, masih diterajui oleh Datuk M.Kayveas yang telah kalah beberapa kali di dalam pilihanraya yang lalu. Begitu juga dengan PBB (Sarawak) yang masih dipimpin oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud, PBS (Sabah) oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan, SUPP (Sarawak) oleh presiden "baru"nya Peter Chin dan sebagainya.
Pendek kata, adakah para pemimpin parti-parti komponen BN yang baru ini yang terdiri daripada muka-muka lama dapat membawa parti-parti masing-masing ke arah sesuatu perubahan yang lebih berani dan mendadak bagi menyakinkan rakyat jelata yang mereka dapat berubah mengikut keadaan semasa, kehendak rakyat jelata yang senantiasa berubah, keadaan sosio-ekonomi negara yang berlainan dari masa ke semasa dan sebagainya?
Sebagaimana yang telah kita semua ketahui, ekonomi negara kita sedang menuju ke ambang yang semakin tidak menentu. Nilai matawang Ringgit menjadi tidak stabil, kadar inflasi semakin meningkat akibat daripada kenaikan harga-harga barangan yang mendadak. Pendapatan rakyat jelata semakin kecil akibat daripada peningkatan kadar inflasi, manakala para pemimpin elit BN dan kroni-kroni mereka menjadi lebih kaya-raya dan bersifat menindas.
Selain daripada itu, amalan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di dalam jentera pentadbiran kerajaan pusat tidak diendahkan langsung oleh para pemimpin BN dan oleh kerana itulah gejala negatif tersebut terus bermaharajalela di dalam kerajaam sehinggakan ianya mengakibatkan kerugian berbilion-bilion Ringgit dalam perbendaharaan negara. Dan selepas itu, rakyat jelata pula yang terpaksa menanggung kerugian-kerugian tersebut dengan penarikan balik beberapa subsidi-subsidi yang bertujuan membantu meringankan bebanan rakyat jelata.
Sekali lagi kita ingin persoalkan. Adakah kepimpinan-kepimpinan BN yang "baru" ini dapat melaksanakan suatu "pembaharuan" yang sebenarnya bagi mengembalikan kestabilan sosio-ekonomi rakyat jelata dan pendapatan negara pada umumnya?
Yang kami amat yakini adalah, selagi BN masih mengekalkan muka-muka lama mereka di dalam barisan kepimpinan parti-parti komponen masing-masing, selagi itulah BN tidak akan dapat menjala sebarang pembaharuan dengan lebih berkesan. Itulah hakikatnya yang terpaksa kita terima.