Adakah PM dan kerajaan ini ikhlas dalam pemberian BPN?

Baru-baru ini perdana menteri kerajaan pemberontak telah mengumumkan beberapa pakej bantuan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk rakyat jelata bagi menangani masalah kehilangan dan kekurangan punca pendapatan berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan oleh kerana penyakit coronavirus yang tidak dapat dikawal di beberapa kawasan.

Sehingga yang telah dilaporkan sehingga pada hari ini, ramai di kalangan rakyat yang layak menerima bantuan BPN telah ditolak bulat-bulat sementara mereka yang memperoleh pendapatan yang lumayan pula telah dilayakkan untuk menerima bantuan BPN seperti yang diumumkan oleh perdana menteri itu. Malah, ada juga di kalangan wakil-wakil rakyat serta isteri seorang bekas perdana menteri yang sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah turut disahkan layak menerima BPN.

Yang lebih memburukkan lagi keadaan sekarang adalah penerima BPN yang layak tetapi telah ditolak, terpaksa mengemukakan rayuan mereka melalui talian kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tetapi sehingga pada hari ini, para penerima yang “layak” ini masih tidak mendapat sebarang makluman mengenai “rayuan” mereka.

Persoalannya adalah, adakah kerajaan pemberontak ini ikhlas di dalam hasratnya untuk membantu rakyat jelata yang kini terjejas teruk pendapatan mereka akibat daripada perlaksanaan PKP bagi mengawal virus itu daripada merebak? Pengumuman BPN dan perlaksanaannya oleh para pemimpin kerajaan pemberontak kini amat mengelirukan keadaan penyaluran BPN tersebut telah melayakkan golongan yang sebaliknya untuk mendapat bantuan tersebut. Memberikan lebih kekayaan kepada golongan yang berpendapatan tinggi dan melaratkan lagi keadaan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Sebelum ini perdana menteri kerajaan pemberontak telah mengumumkan BPN untuk tujuan “meringankan” bebanan rakyat jelata akibat perlaksanaan PKP seperti berikut:

Untuk isi rumah yang punyai pendapatan RM4000 dan ke bawah adalah layak menerima RM1600, sementara bagi isu rumah yang berpendapatan RM4001 ke RM8000 adalah layak menerima RM1000, manakala golongan bujang yang berpendapatan RM2000 dan ke bawah layak menerima RM800 dan mereka yang berpendapatan RM2001 ke RM4000 boleh menerima RM500. Kesemua pakej BPN ini adalah dijanjikan pembayarannya dalam dua kali ansuran yakni, dari bulan April hingga Mei 2020.

Akan tetapi apabila perlaksanaan tersebut bermula pada minggu ini, ianya telah banyak menimbulkan bermacam-macam persoalan dan keraguan serta ketidakadilan di dalam pengagihan bantuannya kepada rakyat jelata. Ini jelas membuktikan kerajaan pemberontak ini tidak ikhlas dan prihatin serta tidak berpegang kepada janjinya bahawa “tidak ada sesiapa yang akan terpinggir” kerana ramai yang layak kini terpinggir dalam bantuan tersebut.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Federal Constitution that Safeguards the Legitimate Rights and Interest of All Malaysians