Adakah Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negeri-negeri Perak, Melaka dan Johor bakal menerima nasib yang sama seperti Speaker V. Sivakumar pada Februari 2009?
Di hampir penghujung Februari 2020 yang lalu, Bersatu dan 11 wakil rakyat pimpinan Azmin Ali telah membuahkan satu rancangan rampasan kuasa stelah mencapai suatu kata sepakat dalam satu siri pertemuan mereka yang diadakan di Hotel Sheraton di Petaling Jaya, Selangor.
Setelah rancangan tersebut mendapat sokongan daripada Umno dan PAS, Bersatu dan 11 wakil rakyat Azmin Ali itu kemudiannya memberontak terhadap kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) yang mereka sedang anggotai pada masa itu, dengan membawa kumpulan wakil-wakil rakyat mereka keluar daripada gabungan kerajaan tersebut menyebabkan PH kehilangan tampuk pemerintahannya setelah 22 bulan memerintah.
Bersatu dan puak Azmin Ali kemudiannya mempelawa Umno dan PAS serta GPS untuk menyertai mereka bagi mendapatkan jumlah wakil-wakil yang mencukupi bagi membentuk satu gabungan baru diberi nama Perikatan Nasional (PN), setelah itu pula membentuk sebuah kerajaan pemberontak bagi menggantikan kerajaan PH yang telah digulingkannya itu.
Setelah PN berjaya membentuk kerajaan pemberontak, lantas mengarahkan agar sidang parlimen yang dijadualkan pada 9 Mac 2020 lalu ditunda ke 18 Mei 2020 yang akan datang atas alasan penularan wabak coronavirus yang semakin tidak terkawal dan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dimulakan.
Langkah PN menunda sidang parlimen pada masa itu juga dilihat cuba mengelak undi tidak percaya daripada dibentangkan di sidang parlimen oleh kerana kerajaan pemberontak yang dibentuk PN pada masih itu masih belum stabil dari segi penjumlahan angkanya. Kebetulan penularan wabak tersebut semakin serius disebabkan ketiadaan kerajaan yang berfungsi selama lebih daripada 2 minggu pada masa itu akibat daripada pemberontakan tersebut membolehkan PN mengambil kesempatan terhadap keadaan tersebut.
18 Mei depan telahpun ditetapkan sebagai tarikh persidangan parlimen yang baru. Ramai yang tertanya-tanya sama ada sidang parlimen itu juga akan menjadi satu lagi medan persaingan di antara PN dan PH bagi menentukan siapakah yang akan mendapat sokongan majoriti untuk menerajui Putrajaya selepas itu.
Untuk itu, terdapat desas-desus kononnya Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming bakal disingkirkan daripada jawatannya dan tempatnya dijangka akan digantikan oleh ahli majlis tertinggi Umno Azalina Othman.
Justeru itu, adakah Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof juga bakal menerima nasib seperti yang dilalui oleh V.Sivakumar di mana jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang beliau sandang dirampas melalui satu sidang DUN anjuran Umno di suatu tempat yang berasingan yang melantik Speaker DUNnya sendiri.
Persoalan turut timbul di DUN negeri-negeri Perak, Melaka dan Johor. Adakah Speaker-speaker DUN di negeri-negeri tersebut juga bakal menghadapi keadaan yang sama seperti yang pernah dialami oleh Sivakumar, apabila sidang DUN di negeri-negeri tersebut bermula tidak lama lagi.
Adakah rebutan dan rampasan kuasa yang juga bakal berlaku di dalam Dewan Rakyat dan DUN negeri-negeri tersebut suatu tindakan dan perbuatan yang mulia buat Bersatu dan Umno serta “suci” buat PAS. Adakah PN tidak mementingkan soal moral dan etika sehinggakan sanggup bertindak di luar tatasusila dan kesopanan dalam kemanusiaan sejagat?
Apabila pemberontakan dan rampasan kuasa berlaku di peringkat persekutuan dan negeri-negeri Perak, Melaka dan Johor, kerajaan-kerajaan pemberontak dan para pendukungnya cuba mempertahankan perbuatan keji mereka dengan berselindung di sebalik institusi-institusi simbolik dan feudal, sebaliknya mendakwa itu suatu penderhakaan dan penghinaan terhadap institusi-institusi simbolik dan feudal tersebut, sekiranya persoalan terus dibangkitkan terhadap kedudukan kerajaan-kerajaan pemberontak tersebut.
Jadi, apabila satu lagi siri perampasan berlaku dengan penyingkiran Speaker-speaker Dewan Rakyat dan DUN negeri-negeri Perak, Melaka dan Johor, adakah para pendukung pemberontak ini akan juga menggunakan alasan yang sama dan sekali lagi memperalatkan institusi-institusi simbolik dan feudal bagi menyembunyikan perbuatan-perbuatan mereka yang keji ini?
Kita akan saksi dan perhatikan nanti, apabila sidang dewan-dewan tersebut bermula, satu persatu tidak lama lagi.