Skandal PKFZ, Semua Tidak Bersalah, Siapa Lagi?

Dalam perbicaraan kes Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang terbaru, seorang lagi orang kenamaan yang juga bekas menteri telah terlepas daripada hukuman setelah pihak pendakwaraya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan dakwaan mereka. Sebelum ini, seorang bekas menteri yang juga bekas pemimpin tertinggi MCA turut terlepas setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah.

Apa sudah jadi? Pihak-pihak lain yang terlibat bagaimana? Difahamkan bahawa seorang lagi bekas kontraktor utama projek PKFZ telahpun dihantar keluar negara selepas beliau dilantik sebagai Duta Khas bagi menggalakkan pelaburan Asia ke Malaysia.

Pelagai alasan yang diberikan oleh pejabat peguam negara, bukti-bukti yang tidak kukuh, tidak relevan, kurang keyakinan pihak pendakwa, kertas siasatan tidak lengkap dan sebagainya. Skandal PKFZ itu telah menyebab negara kerugian berbilion-bilion Ringgit. Adakah pejabat pendakwaraya dan peguam negara akan bertanggungjawab penuh terhadap segala kelesapan wang rakyat itu? Kalau semua pihak yang bertanggungjawab tidak bersalah, siapakah lagi?

Jangan lupa, seorang lagi tinggal yang belum selesai perbicaraannya, seorang bekas pengurus besar Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA). Adakah beliau akan dipaksa menelan kesemua bentuk kesalahan-kesalahan tersebut seorang diri? Adakah beliau itu telah dijadikan kambing hitam seumpama? Mungkinkah beliau akan juga didapati tidak bersalah? Adakah beliau akan mendedahkan isu-isu yang sebenarnya di dalam perbicaraannya nanti?

Kes skandal PKFZ ini sudah menjadi semakin misteri, jika sekiranya wang berbilion-bilion Ringgit itu hanyut ditelan arus dengan begitu sahaja tanpa seorang pun dipertanggungjawabkan terhadap segala kesalahan tersebut, apakah yang sebenarnya telah dan sedang berlaku?

Siapakah yang melesapkan wang berbilion-bilion Ringgit itu? Adakah wang rakyat tersebut telah jatuh ke dalam laut? Adakah wang-wang tersebut telah disedut ke awan, disamun hantu-hantu, roh-roh atapun syaitan? Kami amat pasti, tidak ada siapa yang akan dipertanggungjawabkan pada akhirnya. Dan kes-kes perbicaraan tersebut diperlanjutkan dengan begitu lama dan bertahun-tahun dengan harapan rakyat jelata dan generasi yang akan datang akan lupa terus mengenai kes-kes penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam kerajaan ini.

Kalaulah kita membantah ataupun menyuarakan rasa tidakpuas hati kita, yang kerajaan akan jawab adalah, "mahkamah telahpun membuktikan yang mereka tidak bersalah", malah pihak pendakwaraya pun tidak lagi mampu lagi untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tidak bersalah itu.

Nampaknya kesemua kes-kes perbicaraan skandal PKFZ itu semua hanyalah sandiwara atau wayang kulit semata-mata, ianya nampak seolah-olah seperti menipu rakyat jelata dari generasi demi generasi, melanjutkan tempoh perbicaraan dengan lebih lama lagi, bertahun-tahun lamanya, lambat laun semakin ramai di antara kita akan lupa terus akan dosa-dosa dan pengkhianatan kerajaan terhadap rakyat jelata dan negara.

Dan kini tiba giliran perdana menteri pula untuk meneruskan dustanya di mata rakyat dengan kejayaan penurunan harga sayur kangkung. Barisan Nasional (BN) sememangnya pandai berlakon dan berdusta di khalayak ramai. Selepas itu, bangkitkan pula isu-isu perkauman dan agama bagi menutup segala dosa-dosanya. Ingatkan rakyat jelata mudah lupa seperti para pemimpin BN yang berada di atas sana?

Nampaknya negara kita akan bankrap dibuat BN tidak lama lagi!

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork