Umno Yang Rasa Terancam, Islam Tidak!
Siapakah yang sebenarnya telah memperbesar-besarkan isu penggunaan kalimah Allah ini, maka dialah yang merasa kekuasaannya terancam akibat sokongan rakyat terhadapnya semakin berkurangan. Sebenarnya, Umnolah yang takut kehilangan kuasa dan kerajaan yang diterajui selama lebih dari 56 tahun.
Maka disebabkan itulah, para penganut agama Kristian dijadikan mangsa nafsu politik Umno yang ganas itu. Umno berbuat demikian bagi mengelirukan rakyat jelata, khususnya mereka yang beragama Islam, dan dengan itu akan menggunakan peluang tersebut untuk cuba mengalihkan sokongan umat Islam daripada parti-parti pembangkang utama yang mempunyai ramai ahli dan penyokong Melayu, seperti PKR dan PAS, dengan menuduh kedua-dua parti tersebut kurang atau tidak Islam sepenuhnya.
Islam sebenarnya tidak diancam. Orang-orang Kristian langsung tidak berpeluang untuk menguasai negara ini dan tidak mampu untuk mempengaruhi umat-umat Islam untuk keluar dari agama mereka bagi menganut Kristian. Begitu juga dengan ketidakmampuan masyarakat Kristian untuk membentuk sebuah negara Kristian dalam Malaysia.
Sandiwara yang dilakukan oleh Umno itu jelas telah memperolok-olokkan Islam dan masyarakat Melayu Islam itu sendiri, seolah-olahnya orang-orang Melayu dan Islam begitu lemah sekali di dalam pegangan agama mereka. Tindakan Umno dan NGO-NGO tajaannya juga jelas menghina agama Islam, memburukkan agama itu dengan bertindak seolah-olah seperti agama tersebut tidak boleh bersemuka dan duduk secara aman dan harmoni dengan para penganut dan masyarakat bukan Islam.
Tindakan Umno itu juga jelas telah memburukkan lagi nama Islam di mata orang ramai dan masyarakat antarabangsa, orang ramai akan mula memencilkan masyarakat Melayu dan Islam jika sekiranya Umno terus mengeksploitasikan isu kalimah Allah tersebut dengan terus memerangi agama Kristian.
Oleh yang demikian, rakyat jelata, khususnya masyarakat Melayu dan Islam perlu berhati-hati agar tidak terpedaya dengan segala dakyah yang sedang disebarkan oleh Umno dan NGO-NGO tajaannya. Tengok dan dengarlah dengan lebih teliti segala tindakan dan kenyataan mereka ini sama ada kesemua perbuatan tersebut adalah berlandaskan Islam ataupun sebaliknya.
Tengoklah bertapa sesatnya Umno dan kesemua NGO tajaannya yang terus mencemar dan memburukkan agama Islam.